Dalam perniagaan online, autoresponder memainkan peranan yang sangat penting di mana ianya mampu untuk meningkatkan jualan produk yang ditawarkan.
Sekiranya anda menggunakan Autoresponder servis seperti aWeber, GetResponse, MaiChimp dan sebagainya, ianya membolehkan anda menulis dan menghantar maklumbalas melalui email secara automatik (auto-response) kepada senarai bakal pelanggan atau subscribers anda. Setiap bentuk komunikasi yang dihantar kepada bakal pelanggan atau subscribers amat penting kerana ianya mencerminkan diri dan perniagaan anda di mata terhadap pelanggan. Autoresponders boleh digunakan dengan hanya pengetahuan asas (common sense), newsletters, ataupun beberapa siri newletter. Di sini saya senaraikan 10 tips mengenai autorespendor untuk perniagaan online.
1. Memberi Ucapan Terima Kasih
Hantar email yang mengandungi ucapan terima kasih kepada bakal pelanggan atau user baru yang telah mendaftar dan telah bersetu untuk menerima newsletter anda. Ini akan mengingatkan kepada subscriber, anda telah pun menerima pengesahan pendaftaran mereka dan email mereka telah dimasukkan ke dalam senarai list anda. Berikan juga gambaran kepada subscribers tentang apa yang akan mereka terima di masa akan datang dan kekerapan mereka menerima newsletter di masa akan datang.
2. Menyatakan Privacy Policies Yang Jelas
Para subscribers juga ingin mengetahui maklumat mereka seperti nama, email dan sebagainya tidak akan disalahgunakan atau dipamerkan kepada umum ataupun maklumat peribadi mereka tidak dijual kepada syarikat lain.
3. Proses Unsubscribing Juga Mudah Sebagaimana Subscribing
Kebanyakan orang unsubscribe atau membatalkan penyertaan list disebabkan oleh banyak faktor. Jangan berasa kecewa, emosional atau menjadikan ianya suatu yang peribadi sekiranya pelanggan anda tidak mahu lagi berada dalam senarai list dan mengambil keputusan untuk berhenti dari menerima newsletter dari anda. Dengan cepat keluarkan mereka dari senarai.
4. Jangan Biarkan Subscriber Berasa Tidak Selesa
Adakah anda suka sekiranya orang menghantar email kepada anda setiap hari tanpa henti? Jangan sesekali melakukan penghantaran email terlalu kerap sehingga boleh menyebabkan bakal pelanggan / subscribers berasa marah dan bosan. Cukup sekadar menghantar newsletter seminggu atau dua minggu sekali. Pelanggan akan unsubscribe sekiranya menerima terlalu banyak email.
5. Jadikan Ianya Suatu Yang Peribadi
Orang lebih suka beranggapan bahawa informasi yang diterima adalah suatu yang peribadi hanya untuk mereka sahaja. Mulakan menulis nesletter dengan perkataan seperti memberi salam atau ‘Salam Sejahtera’ diikuti dengan ‘nama mereka’. Ianya lebih efektif berbanding dengan memulakan dengan ayat ‘Para Pelanggan Yang Dihormati’
6. Gunakan Tajuk Yang Menarik Dan ‘Catchy’
Anda juga perlu menghantar newsletter yang mampu untuk menarik perhatian subscribers. Cuba gunakan beberapa tajuk atau ‘headline’ newsletter dengan tajuk yang menarik dan lihat kesannnya. Tajuk newsletter akan memberikan klu atau ‘hint’ kepada subscribers tentang isikandungan newsletter yang mereka terima.
7. Jangan Sesekali Menjual
Perkara utama yang anda lakukan dengan autoresponder ialah mewujudkan kepercayaan di antara bakal pelanggan anda. Dengan newsletter yang baik, ianya akan membina krediliti anda di mata mereka. Dengan penulisan newsletter yang baik juga akan mengingatkan mereka terhadap produk anda. Para subscribers atau bakal pelanggan tidak mahu sebarang tekanan dalam membuat keputusan untuk membeli.
8. Berikan Imbuhan Kepada Subscriber Dengan Jujur
Walaupun matlamat anda adalah untuk menjual, gunakan kaedah seperti memberi tawaran potongan harga, pemberian kupon dan sebagainya dengan tempoh masa tertentu. Kaedah ini adalah supaya pelanggan akan menentukan sendiri masa susuai untuk membeli dan anda memberitahu mereka bahawa anda telah bersedia untuk menerima pembelian mereka.
9. Berikan Tips Yang Relevan Dan Berguna
Bakal pelanggan akan ingat semula kewujudan anda melalui newsletter di email kepada mereka. Anda mahu meneruskan hubungan ini berkekalan dengan memberikan tips dan maklumat berguna dalam lingkungan pengetahuan dan kemahiran yang anda ada.
10. Jadikan Ianya ‘Simple’
Pastikan anda benar-benar pakar tentang sesuatu sebelum mula menghantar newsletter. Jadikan newsletter tersebut ‘user-firendly’dan mudah difahami.
Secara kesimpulannya, dengan sistem autoresponder, ianya akan dapat membantu untuk membina lebih banyak pelawat dan bakal pelanggan ke web jualan anda. Ianya akan menginngatkan kepada bakal pelanggan terhadap produk anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tawarkan isikandungan yang terbaik dan berguna kepada pembaca dan dengan ini akan meanarik mereka untuk kembali semula.
Saya percaya apa yang ditulis di dalam artikel ini adalah terlalu singkat dan terhad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan, sila tuliskan komen di ruangan di bawah ini.

























3 Komentar dalam artikel "10 Tips Cara Menulis Autoresponse Email"
Salam. Saya ada beberapa persoalan.
1) Berapa patah perkataan bagi satu-satu newsletter yang dihantar?
2) Berapa banyak newsletter yang perlu kita karang?
Terima kasih dengan respond anda. Menjawap soalan anda, ianya terlalu subjektif dan bergantung kepada tujuan anda menulis sesuatu newsletter. Walau bagaimanapun, saya akan cuba menulis artikel tentang bagaimana menulis newsletter. Nantikannya ya.
Salam Syafrizal anda boleh membaca beberapa tips penulisan Newsletter dalam artikel berikut
http://www.peanutsite.com/?p=1608