40 Individu Yang Merevolusikan Internet

Diterbitkan oleh pada 08/11/2010 dalam Kategori Inspirasi - 2 Komentar
40-individu

Dunia tiada sempadan semenjak meledaknya revolusi internet. Sedikit demi sedikit internet telah mengubah cara kita mendapatkan maklumat yang dahulunya hanya melalui surat khabar dan surat. Hari ini perpustakaan dunia terletak dalam bilik tidur kita sendiri. Kita boleh mengakses pelbagai maklumat tidak kira masa tanpa perlu meninggalkan rumah!

Kebanyakan kita hari ini berkomunikasi menggunakan email berbanding surat kerana email lebih pantas, mudah dan percuma. Kita juga menonton filem dan berita terkini secara online menjadikan internet sebuah perniagaan menguntungkan. Dengan internet juga kita mampu untuk membeli-belah dan membayar bil dengan selesa dari rumah atau di mana juga kita berada.

Internet juga telah mengubah cara kita berkomunikasi, berinteraksi dan mencari kenalan dengan menggunakan pelbagai media sosial popular seperti Facebook, Friendster dan Skype. Media sosial ini memungkinkan kita untuk berhubung dengan saudara dan kenalan yang telah lama terpisah.

Dalam artikel ini disenaraikan 40 individu yang memberikan impak besar terhadap perkembangan internet dan mereka ini telah menjadikan perniagaan internet sesuatu yang amat menguntungkan. Mereka telah merubah tanggapan kita terhadap internet dan sedikit sebanyak merevolusi kehidupan kebanyakan kita pada hari ini. Bayangkan dunia tanpa internet. Tentu sukar bukan? Internet telah menjadi satu keperluan wajib dalam kehidupan seharian.

1. Vint Cerf dan Bob Kahn

‘Father of the Internet’

Vint Cerf dan Bob Kahn boleh dianggap sebagai Bapa Internet. Mereka telah mencipta TCP/IP iaitu protokol komunikasi, bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di antara satu dengan lain dalam rangkaian internet. Vint Cerf mengatakan “the internet is just a mirror of the population and ‘spam’ is a side effect of a free service.”


2. Tim Berners-Lee

Pencipta ‘www’

Tim Berners-Lee adalah tokoh yang mencipta World Wide Web. Beliau merupakan individu pertama menulis ‘web client’ dan ‘server’ dan merekabentuk kaedah mencipta pautan, ataupun ‘hypertext‘. Beliau masih lagi mengekalkan standard web tersebut dan meneruskannya sebagai pengarah kepada World Wide Web Consortium (W3C).

3. Ray Tomlinson

Father of Email

Programmer Ray Tomlinson boleh dianggap sebagai Bapa Email kerana telah mencipta suatu kaedah menukar maklumat dan masej di antara komputer daripada pelbagai lokasi, di antara universiti, melintasi benua, dan laut. Dia juga bertanggungjawab memperkenalkan simbol ‘@’ yang menjadi format wajib alamat email kita hari ini. Kini berbilion orang di seluruh dunia menaip simbol ‘@’ ini setiap hari!

4. Michael Hart

Lahirnya eBooks

Michael Hart memulakan kelahiran eBooks dan mebuka peluang kepada manusia untuk menerbitkan buku. Dia telah memulakan ‘Project Gutenberg‘ dan boleh dianggap sebagai perpustakaan eletronik pertama dan merubah cara kita membaca dan mendapatkan ilmu. Koleksi perpustakaan tersebut termasuklah menyiarkan buku dengan penerbitan pantas.

5. Gary Thuerk

Email Spam Pertama

‘Spamming’ adalah teknik pemasaran tertua. Gary Thuerk menghantar email secara besar-besaran kepada pelanggannya menggunakan Arpanet for Digital’s new T-series of VAX systems dan tanpa mengetahui pada awalnya bahawa tindakannya itu adalah email spam yang pertama di dunia.

6. Scott Fahlman

Pencipta ‘emoticon’

Scott Fahlman dikreditkan sebagai individu terciptanya ASSII-based smiley emoticon, yang mana pada awalnya beliau menganggap bahawa ia akan membantu meletakkan sedikit jenaka dalam artikel beliau yang serius. Sekarang semua orang menggunakan ‘emoticon‘ samada dalam program-program ‘messenger‘, ruangan sembang dan email.

7. Marc Andreessen

Netscape Navigator

Marc Andreessen merevolusikan pelayaran internet. Beliau mencipta kaedah pertama ‘Web Browser‘ yang pada masa itu dipanggil sebagai ‘Mosaic’ dan kemudiannya telah dikomersialkan sebagai Netscape Navigator. Marc Andreessen juga merupakan ‘co-founder‘ dan pengerusi kepada Ning dan pelabur utama kepada Digg, Plazes dan Twitter.

8. Jarkko Oikarinen

Internet Relay Chat, IRC

Jarkko Oikarinen adalah pencipta pertama kepada online chat di Finland yang juga dikenali sebagai ‘Internet Relay Chat’. IRC dilancarkan pada 1991. Apabila Iraq menakluki Kuwait dan tiada isyarat radio dan tv pada ketika itu, IRC memainkan peranan penting dalam mendapatkan informasi terkini untuk disebarkan ke seluruh dunia.

9. Robert Tappan Morris

Pencipta Virus Worm

Konsep ‘worm virus’ adalah unik berbanding kaedah ‘hacking‘ yang konvensional. Berbanding dengan kaedah mencuri masuk ke dalam rangkaian internet, mereka menghantar satu program kecil yang telah dikodkan untuk tujuan menggondam. Melalui konsep ini, Robert Tappan Morris telah mencipta ‘Morris Worm‘. Ia merupakan virus ‘worm’ pertama yang dilancarkan ke internet yang telah mengakibatkan kerosakan berjuta ringgit dan menggangu produktiviti apabila virus tersebut dilancarkan sekitar 80an.

10. David Bohnett

Geocities

David Bohnett merupakan pengasas kepada GeoCities pada 1994 bersama-sama John Rezner. Ia telah berkembang pesat dan menjadi ruangan komuniti terbesar di internet. Dia adalah pengasas kepada konsep memberi kemudahan memiliki laman web percuma kepada semua orang. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut telah ditutup pada 27 Oktober 2009.

11. Ward Cunningham

Wiki pertama

Ward Cunningham merupakan programmer dari Amerika Syarikat yang membangunkan wiki pertama dan membolehkan orang bekerjasama, mencipta dan menyunting halaman web bersama-sama. Ward Cunningham memberi nama ‘wiki‘ yang berasal dari istilah orang Hawai iaitu ‘pantas‘.

12. Sabeer Bhatia

Hotmail

Sabeer Bhatia adalah pengasas kepada Hotmail yang mana ramai tidak tahu bahawa perkataan Hotmail diambil daripada huruf HTML- bahasa pengaturcaraan yang digunakan sebagai asas webpage. Dia mula terkenal apabila menjual perkhidmatan email percumanya iaitu Hotmail kepada Microsoft dengan nilai lebih USD 400 juta. Beliau juga telah diangugerahkan “Entrepreneur of the Year” oleh Draper Fisher Jurvertson pada tahun 1998 dan menjadi selebriti TIME sebagai salah seorang tokoh usahawan “People to Watch” pada 2002.

13. Matt Drudge

The Drudge Report

Matt Drudge telah memulakan siri laman web berita popular dikenali sebagai The Drudge Report. Laman tersebut meledak apabila menyiarkan berita tergempar yang kemudiannya dikenali sebagai skandal ‘Monica Lewinsky’.

14. Larry Page dan Sergey Brin

Google

Larry Page dan Sergey Brin telah mengubah cara kita  membuat carian dan menggunakan internet. Mereka merupakan gandingan mantap dalam gergasi enjin carian. Syarikat mereka berkembang pesat dari tahun ke tahun semenjak ianya diasaskan. Page dan Brin memulakan dengan sumber kewangan dari poket mereka sendiri dan nasib menyebelahi mereka, enjin carian Google berkembang pesat dalam masa yang singkat. Kemudian mereka telah melabur dalam Stanford. Larry Page, Sergey Brin dan syarikat mereka Google, terus popular dan menjadi salah satu syarikat gergasi dalam perniagaan internet.

15. Bill Gates

Microsoft

Bill Gates adalah pengasas kepada syarikat ‘software’ yang dikenali sebagai “Micro-Soft” iaitu kombinasi perkataan “microcomputer software”. Seterusnya Bill Gates telah membangunkan GUI (Graphical User Interface) untuk sistem operasi yang baru dan memanggilnya sebagai Windows. Beliau telah mengeluarkan satu misi iaitu “satu meja satu komputer dan satu rumah satu komputer” sekurang-kurangnya di negara-negara membangun.

16. Steve Jobs

Apple

Steve Jobs mengenengahkan idea inovatif terhadap penggunaan komputer peribadi dan idea tersebut telah membawa beliau untuk mengevolusikan industri ‘hardware and software‘. Pengasas Apple ini telah merubah cara kita bekerja, bermain dan berkomunikasi. Cerita tentang Apple dan Steve Jobs, tidak lain dan tidak bukan adalah berkaitan dengan inovasi rekacipta,  kreativiti asli, dan ketrampilan menawan.

17. David Filo and Jerry Yang

Yahoo

David Filo dan Jerry Yang telah memulakan Yahoo! bermula dari aktiviti mengisi masa lapang sehinggalah kepada produk universial yang telah mengubah cara kita berkomunikasi, mendapatkan maklumat dan membeli-belah. Anda mungkin tidak tahu bahawa perkataan Yahoo! merupakan akronim daripada “Yet Another Hierarchical Officious Oracle”, tetapi Filo dan Yang memilih untuk menggunakan Yahoo! kerana ia lebih kasar, sederhana, tidak canggih dan sedikit tidak sopan menjadikan ianya mudah popular dan diingati.

18. Brad Fitzpatrick

LiveJournal

Brad Fitzpatrick telah mencipta LiveJournal, merupakan salah satu platform awal dalam blogging. Beliau gemar menggunakan ‘nickname’ bradfitz. Beliau juga adalah pengarang kepada pelbagai projek ‘software’ seperti ‘memcached‘ yang digunakan dalam LiveJournal, Facebook dan YouTube. LiveJournal terus berkembang sehingga kini sebagai kaedah komunikasi online di mana manusia boleh berkongsi maklumat terkini berkaitan aktiviti seharian mereka melalui diari dan blog. Ahli dalam LiveJournal dihubungkan melalui senarai rakan dan mengetahui apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

19. Shawn Fanning

Napster

Shawn Fanning mengasaskan Napster, merupakan program perkongsian ‘peer-to-peer‘ kepada peminat muzik untuk mencari dan bertukar-tukar muzik kegemaran mereka. Pengguna meletakkan apa sahaja fail yang ingin dikongsikan di dalam direktori tertentu ke dalam cakera keras mereka. Napster mempunyai seramai 25 juta pengguna di waktu kemuncaknya pada tahun 2001, malangnya ia diberhentikan akibat daripada saman berprofil tinggi. Napster telah membantu meledakkan revolusi muzik yang mana pada masa kini didominasi oleh Apple. Napster telah di ‘rebranded’ dan diambil alih oleh Roxio.

20. Peter Thiel

PayPal

Peter Thiel merupakan individu yang menjadi tulang belakang kepada PayPal. PayPal membolehkan manusia untuk memindahkan wang di antara satu sama lain dengan cepat. PayPal bermula dengan membenarkan sekumpulan kecil programmer untuk mengakses kodnya agar membolehkan mereka bekerja dengan transaksi frameworknya yang amat canggih. Peter Thiel yang merupakan pengasas bersama PayPal pada usia 31 tahun telah menjualnya kepada eBay empat tahun kemudian dengan harga USD 2.5 billion.

21. Pierre Morad Omidyar

eBay

Pierre Morad Omidyar memulakan pusat jual beli online yang mempertemukan penjual dan pembeli yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Beliau merupakan pengasas kepada konsep kebolehpercayaan pengguna dalam urusniaga internet. Dalam membangunkan empayer lelongnya, Omidyar menggunakan konsep kuasa membeli individu. Beliau memahami bahawa manusia mempunyai nafsu membeli walau apa sekalipun, barang yang dianggap sampah oleh seseorang  mungkin dianggap berharga oleh orang lain pula.

22. Jimmy Wales

Wikipedia

Jimmy Wales adalah pengasas kepada ensiklopedia terbesar di dunia yang memuatkan maklumat yang boleh disunting oleh sesiapa sahaja selagi mereka boleh mengakses internet. Wikipedia dilancarkan pada 2001 dan kini merupakan sumber rujukan umum paling popular di internet.

23. Stewart Butterfield dan Caterina Fake

Flickr

Website perkongsian foto menjadi salah satu aktiviti seharian terpenting bagi berjuta-juta orang di seluruh dunia. Stewart Butterfield dan isterinya Caterina Fake telah mencipta Flickr yang telah dilahirkan dari idea untuk membolehkan anda menyimpan dan berkongsi foto tanpa memerlukan sebarang album foto. Sebaliknya anda akan memiliki ‘foto stream‘. Yahoo akhirnya mengambil alih Flickr pada tahun 2005.

24. Jonathan Abrams

Friendster

Jonathan Abrams membangunkan Friendster bersama-sama dengan Cris Emmanuel, menawarkan beberapa kaedah atau ‘tools‘ untuk ahlinya mencari pasangan. Beliau mendapat idea daripada Match.com. Friendster merupakan rangkaian sosial internet pertama. Ahlinya mencipta profil masing-masing seperti kegemaran muzik dan buku dan di ‘link’ di antara rakan kepada rakan-rakan dan seterusnya.

25. Niklas Zennstrom

Skype

Niklas Zennstrom merupakan salah seorang pengasas trend komunikasi yang cepat berkembang pada masa kini dikenali sebagai Skype. Ianya menawarkan pengguna di seluruh dunia aplikasi percuma untuk membuat panggilan video yang berkualiti hanya menggunakan komputer atau laptop. Skype pada masa kini telah berkembang kepada pengguna Linux, MAC dan PC termasuklah pengguna telepon bimbit.

26. Bram Cohen

Bit Torrent

Sekiranya Napster memulakan generasi pertama dalam perkongsian fail, Bram Cohen telah mengubah kaedah perkongsian fail tersebut dengan membangunkan Bit Torrent yang mana ia telah memiliki penguna teramai pada masa kini. Beliau menggunakan prinsip ‘Golden Rule‘ iaitu lebih cepat anda memuat naik maka lebih cepatlah anda dibenarkan memuat turun. BitTorrent memecahkan fail kepada bahagian kecil supaya dapat dimuat naik dengan pantas.

27. Reid Hoffman

Linkedln

Reid Hoffman merupakan bekas Timbalan Eksekutif Presiden bagi PayPal yang telah membangunkan Linkedln iaitu rangkaian sosial profesional yang membenarkan ahli berdaftar untuk menyimpan maklumat hubungan perniagaan mereka. Ahli Linkdln juga boleh membuat carian pekerjaan, bertukar-tukar resume, mencari peluang sewaan dan perniagaan dan sentiasa berada dalam ruang persaingan perniagaan yang positif.

28. Matt Mullenweg

WordPress

Matt Mullenweg adalah pengasas kepada ‘open source‘ blogging yang paling banyak digunakan di dunia dan adalah blog enjin terbaik dikenali sebagai WordPress. Antara website popular yang menggunakan WordPress adalah seperti Techcrunch, Huffingtonpost, Mashable dan banyak lagi.

29. Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim

YouTube

Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim mula bertemu apabila bersama-sama bekerja di PayPal. Kemudiannya mereka memulakan rangkaian perkongsian video yang popular di internet dikenali sebagai YouTube. Youtube telah menyiarkan lebih 100 juta video pendek sehari berkaitan subjek yang pelbagai. Ketika membangunkan Youtube, mereka membahagikan kerja mengikut kepakaran masing-masing; Chad Hurley mencipta interface dan logo. Steve Chen dan Jawed Karim membahagikan kerja lebih kepada kerja-kerja teknikal agar Youtube berfungsi dengan baik. Apabila Youtube menjadi syarikat gergasi, mereka membahagikan kerja mengurus syarikat berdasarkan kebolehan dan kepentingan; Chad Hurley menjadi CEO manakala Steve Chen dan Jawed Karim sebagai Ketua Pengarah Teknologi. Kini YouTube diambil alih oleh Google dengan perjanjian USD 1.65 billion dalam bentuk saham.

30. Craig Newmark

Craigslist

Craig Newmark memulakan laman web yang memulakan kaedah pengiklanan terbaru yang dikenali sebagai Craiglist.Ianya telah menjadi suatu ketakutan kepada penerbit suratkhabar yang berasa terancam dengan kewujudan laman web yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan percuma. Craigslist bermula sebagai koleksi senarai email rakan-rakan Newmark di Bay Area. Semenjak itu ia telah berkembang pesat sebagai database online untuk ‘classified ads‘ kepada mereka yang mencari pelbagai barangan dan perkhidmatan.

31. Julian Assange

WikiLeaks

Julian Assange mengasaskan suatu website yang mampu menerbitkan dokumen sulit ke seluruh dunia tanpa dapat mengesan siapa yang mencuri dan menyebarkannya. Apa yang menarik tentang WikiLeaks adalah ianya dapat menjamin dan menutup kerahsiaan identiti pencuri maklumat dengan memadamkan maklumat identiti mereka sebelum menyebarkan dokumen atau maklumat tersebut di internet. Hasilnya adalah tiada orang dapat mengesan siapa menghantar mereka maklumat dan bilakah masanya maklumat tersebut dihantar.

32. Dick Costolo

FeedBurner

Kebiasaannya orang menyemak web atau blog kegemaran mereka dengan lebih kerap untuk mengetahui berita dan perkembangan terkini. Feedburner diasaskan oleh Dick Costolo mencipta satu kaedah muat turun secara automatik ‘updates‘ melalui kaedah yang anda pilih. RSS Feed merupakan singkatan kepada ‘Really Simple Syndication’ menghantar berita atau cerita terkini daripada pemilik website atau blog ke komputer anda. Feedburner akhirnya diambil alih oleh Google pada tahun 2007. Kini Dick Costolo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Twitter menjadikan Twitter sebagai generasi terbaru RSS.

33. Mark Zuckerberg

Facebook

Mark Zuckerberg mengasaskan Facebook yang pada awalnya membantu para graduan untuk sentiasa berhubung dengan rakan-rakan mereka. Dengan adanya kemudahan ‘status update’ membolehkan pengguna mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Pengguna juga boleh meletakkan video, gambarfoto, bersembang, mencari kenalan baru dan lama, menyertai seminar dan kursus, menyertai aktiviti kumpulan, dan bermain ‘game’. Facebook dipercayai mempunyai 500 juta pengguna berdaftar diseluruh dunia menjadikan hanya empat buah negara yang belum dikuasai iaitu Russia, Japan, China dan Korea Utara menurut kepada pengasasnya, Zuckerberg. Facebook pada masa kini menjadi pesaing sengit kepada MySpace milik Rupert Murdoc.

34. Jack Dorsey

Twitter

Jack Dorsey mencipta Twitter agar keluarga dan rakan dapat memberitahu apa yang sedang mereka lakukan. Twitter merupakan mikro blogging. Komunikasi yang sedang berkembang pesat ini membenarkan pengguna untuk menerbitkan apa yang mereka lakukan dan fikirkan dalam maksimum 140 aksara atau kurang ataupun menyiarkan informasi orang lain atau masej orang lain ke dalam Twitter mereka sendiri dengan kaedah Retweeting. Twitter digunakan oleh selebriti untuk memberitahu kepada peminat aktiviti mereka atau peniaga mengumumkan diskaun kepada bakal pembeli dan sebagainya.

35. Christopher Poole

4chan message boar

Christopher Poole dikenali dalam talian sebagai “Moot”, memperkenalkan ‘message board‘ yang dipanggil 4chan di mana pengguna adalah bebas untuk membuat kesalahan. Tidak seperti kebanyakan web forum, 4chan tidak memiliki sebarang sistem pendaftaran, membolehkan pengguna memuatnaik artikel tanpa nama. Moot menggunakan konsep nilai identiti pelbagai yang bertentangan dengan konsep Facebook dan rangkaian media sosial yang lain.

36. Joshua Schachter

Delicious

Del.icio.us lebih canggih daripada versi pelbagai pengguna dalam Muxway yang memperkenalkan penggunaan ‘tags‘. Joshua Schachter memulakan Del.icio.us yang membolehkan pengguna menyimpan dan berkongsi ‘web-browsing‘ kegemaran mereka di internet. Schachter menggunakan kaedah ‘tagging-people‘ dengan meletakkan label pada bookmark dengan nama yang mereka inginkan. Del.icio.us telah dipertingkatkan oleh Yahoo! dengan harapan mengembangkan prinsip ‘tagging‘ kepada lebih banyak perkhidmatan.

37. Jeff Bezos

Amazon

Jeff Bezos mengasaskan kedai internet terbesar di dunia dikenali sebagai Amazon. Pada awalnya ia dibenali sebagai Cadabra Inc. Beliau menjadikan jual beli online lebih pantas berbanding dengan pergi ke kedai. Amazon pada masa kini telah memperkenalkan Kindle yang membolehkan pembaca memuat turun buku dan lain-lain bahan penulisan dan membacanya dengan ‘handheld device‘.

Penyenaraian lebih kurang 40 individu yang memberi impak besar kepada internet adalah dengan harapan dapat memberikan kita serba sedikit idea bagaimana untuk mencipta produk kita sendiri. Kadang-kadang idea yang kita anggap remeh sebenarnya boleh memberikan impak besar kepada dunia. Sekiranya anda menggemari aritikel ini, jangan lupa untuk memberikan komen di ruangan komentar di bawah dan berkongsikannya di Facebook dan Twitter.

40 Individu Yang Merubah Internet

Dunia adalah tidak bersempadan semenjak meledaknya evolusi

internet. Sedikit demi sedikit internet telah mengubah

cara kita mendapatkan maklumat yang dahulunya hanya

melalui surat khabar dan surat. Hari ini perpustakaan

dunia terletak dalam bilik tidur kita sendiri. Kita boleh

mengakses pelbagai maklumat tidak kira masa tanpa perlu

meninggalkan rumah!

Kebanyakan kita hari ini berkomunikasi menggunakan email

berbanding surat kerana email lebih pantas, mudah dan

percuma. Kita juga menonton filem dan berita terkini

secara online menjadikan internet sebuah perniagaan

menguntungkan. Dengan internet juga kita mampu untuk

membeli-belah dan membayar bil dengan selesa dari rumah

atau di mana juga kita berada.

Internet juga telah mengubah cara kita berkomunikasi,

berinteraksi dan mencari kenalan dengan menggunakan

pelbagai media sosial popular seperti Facebook, Friendster

dan Skype. Media sosial ini memungkinkan kita untuk

berhubung dengan saudara dan kenalan yang telah lama

terpisah.

Dalam artikel ini disenaraikan 40 individu yang memberikan

impak besar terhadap perkembangan internet dan mereka ini

telah menjadikan perniagaan internet sesuatu yang amat

menguntungkan. Mereka telah merubah tanggapan kita

terhadap internet dan sedikit sebanyak merevolusi

kehidupan kebanyakan kita pada hari ini. Bayangkan dunia

tanpa internet. Tentu sukar bukan? Internet telah menjadi

satu keperluan wajib dalam kehidupan seharian.

1. Vint Cerf dan Bob Kahn
‘Father of the Internet’

Vint Cerf dan Bob Kahn boleh dianggap sebagai Bapa

Internet. Mereka telah mencipta TCP/IP iaitu protokol

komunikasi, bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh

komputer untuk berkomunikasi di antara satu dengan lain

dalam rangkaian internet. Vint Cerf mengatakan “the

internet is just a mirror of the population and ‘spam’ is

a side effect of a free service.”

2. Tim Berners-Lee
Pencipta ‘www’

Tim Berners-Lee adalah tokoh yang mencipta World Wide Web.

Dia merupakan individu pertama menulis ‘web client’ dan

‘server’ dan merekabentuk kaedah mencipta pautan, ataupun

‘hypertext’. Beliau masih lagi mengekalkan standard web

tersebut dan meneruskannya sebagai pengarah kepada World

Wide Web Consortium (W3C).

3. Ray Tomlinson
Father of Email

Programmer Ray Tomlinson boleh dianggap sebagai Bapa Email

kerana telah mencipta suatu kaedah menukar maklumat dan

masej di antara komputer daripada pelbagai lokasi, di

antara universiti, melintasi benua, dan laut. Dia juga

bertanggungjawab memperkenalkan simbol ‘@’ yang menjadi

format wajib alamat email kita hari ini. Kini berbilion

orang di seluruh dunia menaip simbol ‘@’ ini setiap hari!

4. Michael Hart
Lahirnya eBooks

Michael Hart memulakan kelahiran eBooks dan mebuka peluang

kepada manusia untuk menerbitkan buku. Dia telah memulakan

‘Project Gutenberg’ dan boleh dianggap sebagai

perpustakaan eletronik pertama dan merubah cara kita

membaca dan mendapatkan ilmu. Koleksi perpustakaan

tersebut termasuklah menyiarkan buku dengan penerbitan

pantas.

5. Gary Thuerk
Email Spam Pertama

‘Spamming’ adalah teknik pemasaran tertua. Gary Thuerk

menghantar email secara besar-besaran kepada pelanggannya

menggunakan Arpanet for Digital’s new T-series of VAX

systems dan tanpa mengetahui pada awalnya bahawa

tindakannya itu adalah email spam yang pertama di dunia.

6. Scott Fahlman
Pencipta ‘emoticon’

Scott Fahlman dikreditkan sebagai asal-usul ASSII-based

smiley emoticon, yang mana pada awalnya beliau menganggap

bahawa ia akan membantu meletakkan sedikit jenaka dalam

artikel yang serius. Sekarang semua orang menggunakan

‘emoticon’ samada dalam program-program ‘messenger’,

ruangan sembang dan email.

7. Marc Andreessen
Netscape Navigator

Marc Andreessen merevolusikan pelayaran internet. Beliau

mencipta kaedah pertama ‘Web Browser’ yang pada masa itu

dipanggil sebagai ‘Mosaic’ dan kemudiannya telah

dikomersialkan sebagai Netscape Navigator. Marc Andreessen

juga merupakan ‘co-founder’ dan pengerusi kepada Ning dan

pelabur utama kepada Digg, Plazes dan Twitter.

8. Jarkko Oikarinen
Internet Relay Chat, IRC

Jarkko Oikarinen adalah pencipta pertama kepada online

chat di Finland yang juga dikenali sebagai ‘Internet Relay

Chat’. IRC dilancarkan pada 1991. Apabila Iraq menakluki

Kuwait dan tiada isyarat radio dan tv pada ketika itu, IRC

memainkan peranan penting dalam mendapatkan informasi

terkini untuk disebarkan ke seluruh dunia.

9. Robert Tappan Morris
Pencipta Virus Worm

Konsep ‘worm virus’ adalah unik berbanding kaedah

‘hacking’ yang konvensional. Berbanding dengan kaedah

mencuri masuk ke dalam rangkaian internet, mereka

menghantar satu program kecil yang telah dikodkan untuk

tujuan menggondam. Melalui konsep ini, Robert Tappan

Morris telah mencipta ‘Morris Worm’. Ia merupakan virus

‘worm’ pertama yang dilancarkan ke internet yang telah

mengakibatkan kerosakan berjuta ringgit dan menggangu

produktiviti apabila virus tersebut dilancarkan sekitar

80an.

10. David Bohnett
Geocities

David Bohnett merupakan pengasas kepada GeoCities pada

1994 bersama-sama John Rezner. Ia telah berkembang pesat

dan menjadi ruangan komuniti terbesar di internet. Dia

adalah pengasas kepada konsep memberi kemudahan memiliki

laman web percuma kepada semua orang. Walau bagaimanapun,

syarikat tersebut telah ditutup pada 27 Oktober 2009.

11. Ward Cunningham
Wiki pertama

Ward Cunningham merupakan programmer dari Amerika Syarikat

yang membangunkan wiki pertama dan membolehkan orang

bekerjasama, mencipta dan menyunting halaman web bersama-

sama. Ward Cunningham memberi nama ‘wiki’ yang berasal

dari istilah orang Hawai iaitu ‘pantas’.

12. Sabeer Bhatia
Hotmail

Sabeer Bhatia adalah pengasas kepada Hotmail yang mana

ramai tidak tahu bahawa perkataan Hotmail diambil daripada

huruf HTML- bahasa pengaturcaraan yang digunakan sebagai

asas webpage. Dia mula terkenal apabila menjual

perkhidmatan email percumanya iaitu Hotmail kepada

Microsoft dengan nilai lebih USD 400 juta. Beliau juga

telah diangugerahkan “Entrepreneur of the Year” oleh

Draper Fisher Jurvertson pada tahun 1998 dan menjadi

selebriti TIME sebagai salah seorang tokoh usahawan

“People to Watch” pada 2002.

13. Matt Drudge
The Drudge Report

Matt Drudge telah memulakan siri laman web berita popular

dikenali sebagai The Drudge Report. Laman tersebut meledak

apabila menyiarkan berita tergempar yang kemudiannya

dikenali sebagai skandal ‘Monica Lewinsky’.

14. Larry Page dan Sergey Brin
Google

Larry Page dan Sergey Brin telah mengubah cara kita

membuat carian dan menggunakan internet. Mereka merupakan

gandingan mantap dalam gergasi enjin carian. Syarikat

mereka berkembang pesat dari tahun ke tahun semenjak ianya

diasaskan. Page dan Brin memulakan dengan sumber kewangan

dari poket mereka sendiri dan nasib menyebelahi mereka,

enjin carian Google berkembang pesat dalam masa yang

singkat. Kemudian mereka telah melabur dalam Stanford.

Larry Page, Sergey Brin dan syarikat mereka Google, terus

popular dan menjadi salah satu syarikat gergasi dalam

perniagaan internet.

15. Bill Gates
Microsoft

Bill Gates adalah pengasas kepada syarikat ‘software’ yang

dikenali sebagai “Micro-Soft” iaitu kombinasi perkataan

“microcomputer software”. Seterusnya Bill Gates telah

membangunkan GUI (Graphical User Interface) untuk sistem

operasi yang baru dan memanggilnya sebagai Windows. Beliau

telah mengeluarkan satu misi iaitu “satu meja satu

komputer dan satu rumah satu komputer” sekurang-kurangnya

di negara-negara membangun.

16. Steve Jobs
Apple

Steve Jobs mengenengahkan idea inovatif terhadap

penggunaan komputer peribadi dan idea tersebut telah

membawa beliau untuk mengevolusikan industri ‘hardware and

software’. Pengasas Apple ini telah merubah cara kita

bekerja, bermain dan berkomunikasi. Cerita tentang Apple

dan Steve Jobs, tidak lain dan tidak bukan adalah

berkaitan dengan inovasi rekacipta,  kreativiti asli, dan

ketrampilan menawan.

17. David Filo and Jerry Yang
Yahoo

David Filo dan Jerry Yang telah memulakan Yahoo! bermula

dari aktiviti mengisi masa lapang sehinggalah kepada

produk universial yang telah mengubah cara kita

berkomunikasi, mendapatkan maklumat dan membeli-belah.

Anda mungkin tidak tahu bahawa perkataan Yahoo! merupakan

akronim daripada “Yet Another Hierarchical Officious

Oracle”, tetapi Filo dan Yang memilih untuk menggunakan

Yahoo! kerana ia lebih kasar, sederhana, tidak canggih dan

sedikit tidak sopan menjadikan ianya mudah popular dan

diingati.

18. Brad Fitzpatrick
LiveJournal

Brad Fitzpatrick telah mencipta LiveJournal, merupakan

salah satu platform awal dalam blogging. Beliau gemar

menggunakan ‘nickname’ bradfitz. Beliau juga adalah

pengarang kepada pelbagai projek ‘software’ seperti

‘memcached’ yang digunakan dalam LiveJournal, Facebook dan

YouTube. LiveJournal terus berkembang sehingga kini

sebagai kaedah komunikasi online di mana manusia boleh

berkongsi maklumat terkini berkaitan aktiviti seharian

mereka melalui diari dan blog. Ahli dalam LiveJournal

dihubungkan melalui senarai rakan dan mengetahui apa yang

dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

19. Shawn Fanning
Napster

Shawn Fanning mengasaskan Napster, merupakan program

perkongsian ‘peer-to-peer’ kepada peminat muzik untuk

mencari dan bertukar-tukar muzik kegemaran mereka.

Pengguna meletakkan apa sahaja fail yang ingin dikongsikan

di dalam direktori tertentu ke dalam cakera keras mereka.

Napster mempunyai seramai 25 juta pengguna di waktu

kemuncaknya pada tahun 2001, malangnya ia diberhentikan

akibat daripada saman berprofil tinggi. Napster telah

membantu meledakkan revolusi muzik yang mana pada masa

kini didominasi oleh Apple. Napster telah di ‘rebranded’

dan diambil alih oleh Roxio.

20. Peter Thiel
PayPal

Peter Thiel merupakan individu yang menjadi tulang

belakang kepada PayPal. PayPal membolehkan manusia untuk

memindahkan wang di antara satu sama lain dengan cepat.

PayPal bermula dengan membenarkan sekumpulan kecil

programmer untuk mengakses kodnya agar membolehkan mereka

bekerja dengan transaksi frameworknya yang amat canggih.

Peter Thiel yang merupakan pengasas bersama PayPal pada

usia 31 tahun telah menjualnya kepada eBay empat tahun

kemudian dengan harga USD 2.5 billion.

21. Pierre Morad Omidyar
eBay

Pierre Morad Omidyar memulakan pusat jual beli online yang

mempertemukan penjual dan pembeli yang tidak pernah dibuat

sebelum ini. Beliau merupakan pengasas kepada konsep

kebolehpercayaan pengguna dalam urusniaga internet. Dalam

membangunkan empayer lelongnya, Omidyar menggunakan konsep

kuasa membeli individu. Beliau memahami bahawa manusia

mempunyai nafsu membeli walau apa sekalipun, barang yang

dianggap sampah oleh seseorang  mungkin dianggap berharga

oleh orang lain pula.

22. Jimmy Wales
Wikipedia

Jimmy Wales adalah pengasas kepada ensiklopedia terbesar

di dunia yang memuatkan maklumat yang boleh disunting oleh

sesiapa sahaja selagi mereka boleh mengakses internet.

Wikipedia dilancarkan pada 2001 dan kini merupakan sumber

rujukan umum paling popular di internet.

23. Stewart Butterfield dan Caterina Fake
Flickr

Website perkongsian foto menjadi salah satu aktiviti

seharian terpenting bagi berjuta-juta orang di seluruh

dunia. Stewart Butterfield dan isterinya Caterina Fake

telah mencipta Flickr yang telah dilahirkan dari idea

untuk membolehkan anda menyimpan dan berkongsi foto tanpa

memerlukan sebarang album foto. Sebaliknya anda akan

memiliki ‘foto stream’. Yahoo akhirnya mengambil alih

Flickr pada tahun 2005.

24. Jonathan Abrams
Friendster

Jonathan Abrams membangunkan Friendster bersama-sama

dengan Cris Emmanuel, menawarkan beberapa kaedah atau

‘tools’ untuk ahlinya mencari pasangan. Beliau mendapat

idea daripada Match.com. Friendster merupakan rangkaian

sosial internet pertama. Ahlinya mencipta profil masing-

masing seperti kegemaran muzik dan buku dan di ‘link’ di

antara rakan kepada rakan-rakan dan seterusnya.

25. Niklas Zennstrom
Skype

Niklas Zennstrom merupakan salah seorang pengasas trend

komunikasi yang cepat berkembang pada masa kini dikenali

sebagai Skype. Ianya menawarkan pengguna di seluruh dunia

aplikasi percuma untuk membuat panggilan video yang

berkualiti hanya menggunakan komputer atau laptop. Skype

pada masa kini telah berkembang kepada pengguna Linux, MAC

dan PC termasuklah pengguna telepon bimbit.

26. Bram Cohen
Bit Torrent

Sekiranya Napster memulakan generasi pertama dalam

perkongsian fail, Bram Cohen telah mengubah kaedah

perkongsian fail tersebut dengan membangunkan Bit Torrent

yang mana ia telah memiliki penguna teramai pada masa

kini. Beliau menggunakan prinsip ‘Golden Rule’ iaitu lebih

cepat anda memuat naik maka lebih cepatlah anda dibenarkan

memuat turun. BitTorrent memecahkan fail kepada bahagian

kecil supaya dapat dimuat naik dengan pantas.

27. Reid Hoffman
Linkedln

Reid Hoffman merupakan bekas Timbalan Eksekutif Presiden

bagi PayPal yang telah membangunkan Linkedln iaitu

rangkaian sosial profesional yang membenarkan ahli

berdaftar untuk menyimpan maklumat hubungan perniagaan

mereka. Ahli Linkdln juga boleh membuat carian pekerjaan,

bertukar-tukar resume, mencari peluang sewaan dan

perniagaan dan sentiasa berada dalam ruang persaingan

perniagaan yang positif.

28. Matt Mullenweg
WordPress

Matt Mullenweg adalah pengasas kepada ‘open source’

blogging yang paling banyak digunakan di dunia dan adalah

blog enjin terbaik dikenali sebagai WordPress. Antara

website popular yang menggunakan WordPress adalah seperti

Techcrunch, Huffingtonpost, Mashable dan banyak lagi.

29. Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim
YouTube

Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim mula bertemu

apabila bersama-sama bekerja di PayPal. Kemudiannya mereka

memulakan rangkaian perkongsian video yang popular di

internet dikenali sebagai Youtube. Youtube telah

menyiarkan lebih 100 juta video pendek sehari berkaitan

subjek yang pelbagai. Ketika membangunkan Youtube, mereka

membahagikan kerja mengikut kepakaran masing-masing; Chad

Hurley mencipta interface dan logo. Steve Chen dan Jawed

Karim membahagikan kerja lebih kepada kerja-kerja teknikal

agar Youtube berfungsi dengan baik. Apabila Youtube

menjadi syarikat gergasi, mereka membahagikan kerja

mengurus syarikat berdasarkan kebolehan dan kepentingan;

Chad Hurley menjadi CEO manakala Steve Chen dan Jawed

Karim sebagai Ketua Pengarah Teknologi. Kini YouTube

diambil alih oleh Google dengan perjanjian USD 1.65

billion dalam bentuk saham.

30. Craig Newmark
Craigslist

Craig Newmark memulakan laman web yang memulakan kaedah

pengiklanan terbaru yang dikenali sebagai Craiglist.Ianya

telah menjadi suatu ketakutan kepada penerbit suratkhabar

yang berasa terancam dengan kewujudan laman web yang

menawarkan perkhidmatan pengiklanan percuma. Craigslist

bermula sebagai koleksi senarai email rakan-rakan Newmark

di Bay Area. Semenjak itu ia telah berkembang pesat

sebagai database online untuk ‘classified ads’ kepada

mereka yang mencari pelbagai barangan dan perkhidmatan.

31. Julian Assange
WikiLeaks

Julian Assange mengasaskan suatu website yang mampu

menerbitkan dokumen sulit ke seluruh dunia tanpa dapat

mengesan siapa yang mencuri dan menyebarkannya. Apa yang

menarik tentang WikiLeaks adalah ianya dapat menjamin dan

menutup kerahsiaan identiti pencuri maklumat dengan

memadamkan maklumat identiti mereka sebelum menyebarkan

dokumen atau maklumat tersebut di internet. Hasilnya

adalah tiada orang dapat mengesan siapa menghantar mereka

maklumat dan bilakah masanya maklumat tersebut dihantar.

32. Dick Costolo
FeedBurner

Kebiasaannya orang menyemak web atau blog kegemaran mereka

dengan lebih kerap untuk mengetahui berita dan

perkembangan terkini. Feedburner diasaskan oleh Dick

Costolo mencipta satu kaedah muat turun secara automatik

‘updates’ melalui kaedah yang anda pilih. RSS Feed

merupakan singkatan kepada ‘Really Simple Syndication’

menghantar berita atau cerita terkini daripada pemilik

website atau blog ke komputer anda. Feedburner akhirnya

diambil alih oleh Google pada tahun 2007. Kini Dick

Costolo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Twitter

menjadikan Twitter sebagai generasi terbaru RSS.

33. Mark Zuckerberg
Facebook

Mark Zuckerberg mengasaskan Facebook yang pada awalnya

membantu para graduan untuk sentiasa berhubung dengan

rakan-rakan mereka. Dengan adanya kemudahan ‘status

update’ membolehkan pengguna mengetahui apa yang sedang

dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Pengguna juga boleh

meletakkan video, gambarfoto, bersembang, mencari kenalan

baru dan lama, menyertai seminar dan kursus, menyertai

aktiviti kumpulan, dan bermain ‘game’. Facebook dipercayai

mempunyai 500 juta pengguna berdaftar diseluruh dunia

menjadikan hanya empat buah negara yang belum dikuasai

iaitu Russia, Japan, China dan Korea Utara menurut kepada

pengasasnya, Zuckerberg. Facebook pada masa kini menjadi

pesaing sengit kepada MySpace milik Rupert Murdoc.

34. Jack Dorsey
Twitter

Jack Dorsey mencipta Twitter agar keluarga dan rakan dapat

memberitahu apa yang sedang mereka lakukan. Twitter

merupakan mikro blogging. Komunikasi yang sedang

berkembang pesat ini membenarkan pengguna untuk

menerbitkan apa yang mereka lakukan dan fikirkan dalam

maksimum 140 aksara atau kurang ataupun menyiarkan

informasi orang lain atau masej orang lain ke dalam

Twitter mereka sendiri dengan kaedah Retweeting. Twitter

digunakan oleh selebriti untuk memberitahu kepada peminat

aktiviti mereka atau peniaga mengumumkan diskaun kepada

bakal pembeli dan sebagainya.

35. Christopher Poole
4chan message boar

Christopher Poole dikenali dalam talian sebagai “Moot”,

memperkenalkan ‘message board’ yang dipanggil 4chan di

mana pengguna adalah bebas untuk membuat kesalahan. Tidak

seperti kebanyakan web forum, 4chan tidak memiliki

sebarang sistem pendaftaran, membolehkan pengguna

memuatnaik artikel tanpa nama. Moot menggunakan konsep

nilai identiti pelbagai yang bertentangan dengan konsep

Facebook dan rangkaian media sosial yang lain.

36. Joshua Schachter
Delicious

Del.icio.us lebih canggih daripada versi pelbagai pengguna

dalam Muxway yang memperkenalkan penggunaan ‘tags’. Joshua

Schachter memulakan Del.icio.us yang membolehkan pengguna

menyimpan dan berkongsi ‘web-browsing’ kegemaran mereka di

internet. Schachter menggunakan kaedah ‘tagging-people’

dengan meletakkan label pada bookmark dengan nama yang

mereka inginkan. Del.icio.us telah dipertingkatkan oleh

Yahoo dengan harapan mengembangkan prinsip ‘tagging’

kepada lebih banyak perkhidmatan.

37. Jeff Bezos
Amazon

Jeff Bezos mengasaskan kedai internet terbesar di dunia

dikenali sebagai Amazon. Pada awalnya ia dibenali sebagai

Cadabra Inc. Beliau menjadikan jual beli online lebih

pantas berbanding dengan pergi ke kedai. Amazon pada masa

kini telah memperkenalkan Kindle yang membolehkan pembaca

memuat turun buku dan lain-lain bahan penulisan dan

membacanya dengan ‘handheld device’.

Penyenaraian lebih kurang 40 individu yang memberi impak

besar kepada internet adalah dengan harapan dapat

memberikan kita serba sedikit idea bagaimana untuk

mencipta produk kita sendiri. Kadang-kadang idea yang kita

anggap remeh sebenarnya boleh memberikan impak besar

kepada dunia. Sekiranya anda menggemari aritikel ini,

jangan lupa untuk memberikan komen di ruangan komentar di

bawah dan berkongsikannya di Facebook dan Twitter.

2 Komentar dalam artikel "40 Individu Yang Merevolusikan Internet"

  1. emme 08/11/2010 at 4:24 PM · Reply

    Saya suka info ni. tahniah. :)

Tinggalkan Komen Anda!