Anda menggunakan PayPal? Terus terang saya katakan saya amat memerlukan PayPal untuk urusniaga secara online. Lebih selamat dan meyakinkan tambahan lagi pada masa kini terlalu banyak penipuan dalam urusniaga kad kredit. Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan PayPal!
Anda tidak pernah tahu apa itu PayPal? PayPal merupakan prosesor popular yang menguruskan pembayaran online terbesar di dunia. Selepas satu perjanjian persefahaman dengan rakan niaganya iaitu eBay, PayPal semakin diterima oleh para peniaga online di internet sebagai salah satu cara mod pembayaran.
Kepada sesiapa yang tidak pernah menggunakan PayPal, tertanya-tanya kenapa terlalu ramai orang menggunakan PayPal sebagai satu-satunya cara untuk pembelian secara online. Selepas anda membaca keseluruan tujuh kelebihan menggunakan PayPal di bawah, anda mungkin berminat untuk memiliki dan seterusnya berurus niaga secara online dengan PayPal. Setakat ini saya tiada masalah langsung menggunakan PayPal!
1. Keselamatan Kad Kredit
Apa yang paling penting dalam urusniaga online ialah keselamatan kad kredit dan duit di dalamnya.
Apabila anda mendaftar akaun PayPal, anda perlu menaip masuk maklumat kad kredit dan akaun bank yang hendak digunakan untuk urusniaga online dan ianya disimpan dalam sistem PayPal yang selamat. Apabila proses pendaftaran ini selesai, anda tidak diminta lagi untuk memasukkan sebarang data dan maklumat kad kredit di masa-masa akan datang.
Dengan pembayaran melalui PayPal, anda akan menyimpan maklumat kad kredit dengan selamat, ini bermakna, anda boleh membeli-belah tanpa perlu berasa takut dengan’hackers’ kalau-kalau mereka memuat turun data-data akaun anda daripada website para penjual.
2. Fleksible
Anda akan bebas daripada masalah kad kredit tidak diterima atau masalah ‘credit card declined’. Ini kerana, PayPal membenarkan anda memiliki seberapa banyak akaun bank, kad debit, kad kredit sebagai pilihan untuk pembayaran,PayPal akan membenarkan anda memilih kaedah pembayaran dan dengan itu, anda berpeluang untuk memilih akaun atau kad kredit mana yang hendak digunakan untuk satu-satu urusniaga.
3. Menghantar Wang
Anda mahu menghantar wang kepada anak di universiti, orang tersayang, atau sahabat yang berada di seluruh dunia? Pengguna PayPal boleh memindahkan wang serta-merta hanya dengan satu klik sahaja. Ini akan menjimatkan masa dan kos penghantaran wang jika anda menggunakan Western Union dan perkhidmatan lain kerana perkhidmatan memindahkan wang dengan PayPal amat pantas dan percuma! Pastikan orang yang hendak menerima juga memiliki akaun PayPal.
4. iPhone App.
Anda menggunakan iPhone? Dengan adanya kemudahan aplikasi PayPal iPhone, ianya memudahkan lagi proses pembelian online dan memindahkan wang di mana jua anda berada. Apa yang perlu anda lakukan adalah melayari Apple iTunes Store dan buatlah carian tentang aplikasi PayPal dan seterusnya anda sudah boleh membuat pemindahan wang, menghantar wang, pembayaran bil, melihat status urusniaga dan membuat pembelian hanya dari tapak tangan sahaja. Oleh kerana PayPal akan bertanyakan tentang pengesahan transaksi melalui PIN, anda akan berasa yakin bahawa keselamatan kewangan anda adalah terjamin sekiranya iPhone anda hilang atau dicuri. Jika anda perlu membuat pembayaran kepada seseorang sedangkan anda berada di luar negeri, hanya gunakan iPhone dan buatlah transaksi.
5. Lelongan Online
PayPal dan eBay tidak boleh dipisahkan. Oleh kerana PayPal diintergrasikan dengan jualan lelong online, anda boleh meletakkan bidaan dan membuat pembelian dengan selamat. ‘Buyer Protection’ dan ‘Structured Complaint Resolution Process’ bermaksud para pembida eBay akan lebih selamat dan dilindungi berbanding dengan pengguna kad kredit yang lain di dalam website jualan yang popular.
6. Kos
Apa yang paling menarik kenapa saya menggunakan PayPal adalah kerana ianya PERCUMA sahaja! Ya memang betul! Tiada sebarang yuran keahlian tahunan, tiada pembayaran wang proses, tiada sebarang caj servis. Pembeli menggunakan PayPal mendapat kesemua kelebihan perkhidmatan tanpa perlu mengeluarkan wang.
Sebagai makluman, anda akan dikenakan bayaran sebanyak MYR10 untuk pengesahan kad kredit untuk memastikan kad kredit tersebut adalah benar-benar milik anda dan tidak disalah guna oleh orang lain. Anda akan diminta untuk memasukkan kod keselamatan yang terkandung dalam bil kad kredit untuk tujuan verifikasi. Apa yang menariknya MYR10 tersebut akan dipulangkan semula setelah kad kredit tersbut di buat verifikasi.
7. Diskaun
PayPal menyediakan perkhidmatan pemberian diskaun kepada mereka yang berurus niaga dengan PayPal melalui penjual terpilih. Pengguna yang melayari www.paypal-shopping.com akan menemui diskaun istimewa terkini daripada syarikat seperti HP, Barnes & Noble, Wal-Mart, Nike, dan beribu lagi produk online.
Apa yang penting adalah PayPal akan menjimatkan wang anda sekiranya mahu membeli-belah di internet. Cara untuk mendapatkan keistimewaan tawaran diskaun ini adalah dengan menyalin kod promosi daripada laman web PayPal tadi dan isikan di dalam ruang pembelian / tempahan produk apabila mahu membuat pembayaran dengan PayPal.
Kesemua ketujuh-tujuh kelebihan menggunakan PayPal yang telah dinyatakan tadi, sudah mencukupi untuk anda memiliki segera akaun dan mencuba PayPal. Kepada mereka yang tidak pernah membuka akaun PayPal, sila mencuba dan buka akaun PayPal hari ini. Jika anda menggunakan PayPal hanya terbatas untuk urusniaga eBay, sudah tiba masanya melihat peluang terbuka luas yang diberikan oleh PayPal sebagai kemudahan yang tiada tolok bandingnya dalam urusniaga perniagaan secara online.
Bagi pengguna di Malaysia, anda boleh menggunakan akaun RHB-PayPal atau kad debit Maybank2U untuk urusniaga online dengan PayPal! Selamat mencuba.

























