Adakah Newsletter Saya Terlalu Panjang?

Diterbitkan oleh pada 16/11/2010 dalam Kategori Tips Blogger - 5 Komentar
newsletter

Apakah Isikandungan Dan Panjang Newsletter Yang Ideal?


Terlalu banyak perkara yang perlu diambil perhatian apabila anda mahu menggunakan ‘newsletter’ sebagai kempen pemasaran internet. Anda perlu memikirkan bagaimana menguruskan senarai ‘list’ atau ‘subscriber’ secara efektif, bagaimana kemampuan anda untuk mengeksploitasikan dan mencipta prospek pembeli di dalam masej ‘newsletter’ yang dihantar dan banyak lagi. Selain itu, adalah amat penting untuk menentukan berapa kerapkah anda perlu menghantar sesuatu ‘newsletter’ dan berapa patah perkataankah dalam ‘newsletter’ tersebut.

Panjang sesuatu ‘newsletter’ adalah subjektif dan amat ‘tricky’ kerana apabila menulis sesuatu ‘newsletter’ yang terlalu panjang boleh menyebabkan pembaca mudah bosan dan hilang minat, manakala menghantar ‘newsletter’ terlalu pendek akan menyebabkan anda tidak membekalkan informasi yang secukupnya. Panjang sesuatu ‘newsletter’ tersebut bergantung kepada banyak faktor yang berkaitan dengan kempen pemasaran anda tetapi anda perlulah membuat satu formula dan panduan bagaimana untuk menghasilkan ‘newsletter’ yang baik, berkualiti dan berkesan.

Mengetahui Siapa Pembaca

Sesetengah pembaca lebih berminat kepada ‘newsletter’ yang ditulis panjang lebar manakala sebahagian yang lainnya lebih suka kepada ‘newsletter’ yang pendek, padat  dan ringkas. Apa yang paling penting adalah masej dan berita yang hendak disampaikan. Oleh itu, tiada panduan yang jelas tentang panjang sesuatu ‘newsletter’.

Cara terbaik menentukan berapa panjangkah anda perlu menulis sesuatu ‘newsletter’ adalah bergantung kepada kecenderungan pembaca anda.

Beberapa persoalan perlu dijawap sebelum menghantar ‘newsletter’. Anda perlu mengetahui serba sedikit latarbelakang bakal pembaca. Adakah senarai ‘subscribers’ anda mempunyai masa terluang yang banyak untuk membaca setiap helaian atau adakah masa mereka amat terhad?

Idea terbaik adalah menghasilkan ‘newsletter’ yang dapat mencapai maksud yang hendak disampaikan. Sesuatu ‘newsletter’ perlulah mengandungi isikandungan yang bernilai, padat serta ringkas. ‘Newsletter’ yang baik ialah bagaimana anda dapat mengumpulkan isikandungan yang bernilai. Sesuatu ‘newsletter’ perlulah mengandungi beberapa perenggan pendek berbanding menggunakan perenggan yang panjang berjela.

Kuncinya di sini adalah anda hanya perlu memberi fokus untuk menyampaikan isikandungan yang berkualiti yang dapat memberi nilai kepada pembaca, tidak kira ‘newsletter’ anda panjang atau pendek. Maksudnya di sini, tidak kisahlah jika ‘newsletter’ anda terlalu panjang atau terlalu pendek, tetapi apa yang penting adalah anda dapat memberikan sesuatu yang bernilai kepada pembaca dalam setiap bait perkataan dalam ‘newsletter’ tersebut.

Mencipta ‘newsletter’ yang berkemampuan untuk memberikan suatu nilai yang tinggi dan mengharapkan pembaca untuk meneruskan pembacaan setiap perkataan, perenggan dan muka surat adalah sesuatu yang amat sukar. Ditambah lagi anda perlu untuk menghasilkan beberapa muka surat dalam ‘newsletter’ tersebut, akan menjadikan ianya suatu kerja yang amat berat.

Lebih panjang ‘newsletter’ yang anda tulis maka lebih besarlah peluang untuk membuat kesilapan. Selain itu, ‘newsletter’ yang panjang memerlukan anda untuk mengekalkan nilai yang tinggi dalam setiap muka surat. Bertambah panjang ‘newsletter’ yang anda tulis maka anda perlu lebih berhati-hati agar isikandungan ‘newsletter’ tersebut tidak menyimpang jauh selain perlu mengekalkan kualitinya. Apabila isikandungan ‘newsletter’ anda telah mencapai kepada muka surat ketiga dan keempat, maka potensi untuk pembaca hilang minat untuk terus membaca semakin tinggi.

Berikut adalah beberapa tips bagaimana untuk menulis ‘newsletter’

1. Sekiranya ‘newsletter’ anda dicipta agar ‘subscribers’ mengambil tindakan susulan seperti klik pada ‘link’, membeli atau mengisi borang dan sebagainya, ‘newsletter’ yang pendek adalah memadai. Dengan cara ini, pembaca akan dapat memberikan fokus yang lebih kepada perkara penting yang anda harapkan. Oleh itu, tumpuan kepada membaca isikandungan ‘newsletter‘ tersebut dapat diminimumkan.

2. Jika ‘newsletter’ anda mengandungi sebarang pengumuman seperti pemberian diskaun, ‘newsletter’ yang lebih panjang adalah lebih ideal. Anda akan dapat memberikan maklumat secukupnya kepada bakal pembeli. Tetapi ingat isikandungan ‘newsletter‘ perlulah mempunyai nilai dan berkualiti.

3. Sekiranya ‘newsletter’ anda bertujuan untuk memperkenalkan produk dan menjalin hubungan jangka panjang dengan pembaca, kedua-dua isikandungan ‘newsletter’ yang panjang dan pendek boleh digunakan. Ataupun ianya digunakan secara berselang-seli. Penulisan ‘newsletter’ yang pendek dan ringkas akan menunjukan rasa  penghormatan dan memberikan rasa penghargaan kepada pembaca. Manakala isikandungan ‘newsletter’ yang panjang akan menunjukkan kepakaran anda dengan apa yang dituliskan dan menambahkan lagi keyakinan pembaca kepada anda.

Apa yang penting apabila kita bercerita tentang berapa panjangkah isikandungan sesuatu ‘newsletter’, ianya tiada suatu ‘standard’yang tetap. Apa yang perlu anda lakukan adalah memahami latarbelakang pembaca  dan memahami kehendak mereka. Setelah itu barulah anda tentukan panjang sesuatu isikandungan ‘newsletter’ yang hendak dituliskan.

5 Komentar dalam artikel "Adakah Newsletter Saya Terlalu Panjang?"

  1. Syafrizal 16/11/2010 at 10:11 AM · Reply

    Terima kasih atas artikel ini. Satu tips yang menarik dan boleh menjadi satu panduan bagi saya memulakan penulisan newsletter saya.

    • Peanutsite.com 24/11/2010 at 12:36 AM · Reply

      Terima kasih

      • Syafrizal 24/11/2010 at 12:49 AM · Reply

        Sama-sama. Saya sekarang sedang membuat draft bagi newsletter saya. Sambil itu tengok juga panduan di forum.

        • Peanutsite.com 26/11/2010 at 11:23 AM · Reply

          Newsletter jenis apa yang anda hasilkan?

          • Syafrizal 26/11/2010 at 12:13 PM ·

            Saya menghasilkan newsletter bagi mempromosi produk herba HPA untuk mengurangkan berat badan.

Tinggalkan Komen Anda!