Dalam artikel ini dibincangkan serba sedikit sebahagian daripada tips bagaimana menjadikan blog sebagai perniagaan, bagaimana hendak menulis sedangkan anda bukanlah berlatarbelakangkan penulis apatah lagi anda benci untuk menulis.
Ramai orang beranggapan bahawa blog sesuatu yang asing dan disebabkan untuk berblogging, seseorang memerlukan kepakaran dalam menulis dan tahu topik yang hendak ditulis. Dalam pemikiran kita sudah tentulah menyangkakan blog hanya layak kepada mereka yang berlatarbelakangkan bidang kewartawanan, sastera dan penulisan. Sekiranya kita berfikiran seperti itu, alamatnya sampai bila pun kita tidak akan memiliki blog seterusnya menerbit penulisan di internet jika kita sendiri tidak menganggap diri kita sebagai penulis.
Adalah lebih baik anda mencuba dahulu menerbitkan beberapa artikel dan kemudian keseronokan menulis dengan gaya anda sendiri akan datang kemudiannya.
Ramai orang yang telah lama berkecimpung dalam menulis blog masih lagi memiliki sindrom “Aku Bukan Penulis!” Sindrom ini amat ditakuti oleh para blogger kerana ia boleh membantutkan perkembangan blog dan juga boleh menyebabkan anda membuang masa berjam-jam di hadapan komputer hanya untuk menghasilkan satu artikel. Kadang-kandang mencari topik dan mengembangkan artikel, merangka isikandungan dan mencari sumber rujukan (seperti format menyiapkan satu karangan sekolah) adalah penyebab utama kenapa orang malas untuk menulis blog.
Adakah Begitu Susah Untuk Menulis?
Jika anda menghadapi sindrom “Aku Bukan Penulis!”, apa yang perlu anda tahu adalah anda tidak keseorangan. Dalam artikel ini ada beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama bagaimana untuk mengatasi masalah ini.
Terdapat tiga sebab utama kenapa orang malas untuk menulis:
1. Saya tiada masa
2. Saya bukan penulis (saya benci menulis)
3. Saya tiada topik nak dituliskan
Hanya tiga perkara ini sajalah yang menjadi halangan utama kenapa sesuatu blog itu tidak bertahan lama dan gagal untuk menjana sebarang pendapatan di internet, gagal mendapat pelanggan, gagal memperbaiki komunikasi online, dan gagal mengekalkan pelanggan sedia ada.
Artikel seterusnya akan memberikan suatu rahsia bahawa “Anda tidak perlu menjadi penulis untuk menjadi seorang blogger”
Apa yang akan diperkatakan seterusnya adalah bagaimana merealisasikan blog walaupun anda tidak gemar manulis ia adalah tips yang akan memudahkan anda untuk menjadi blogger yang berjaya. Terdapat 2 kaedah yang akan dibincangkan di sini, pertama adalah mereka yang ada kemahuan tetapi malas untuk menulis dan kedua adalah mereka yang langsung tidak mahu untuk menulis namun masih mahu memiliki blog.
Kaedah Pertama
Tips ini merupakan cadangan yang dapat membantu mereka yang takut untuk menulis blog tetapi memliki kemahuan untuk mencuba.
1. Mulakan dengan menggariskan matlamat.
Tanyakan kepada diri sendiri, apa yang hendak dicapai melalui blog?
Adakah anda mahu blog anda popular dan terpampang di halaman hadapan enjin carian Google?
Adakah anda mahu mengembangkan jenama dan perniagaan?
Adakah anda mahu mendidik masyarakat dalam industri anda?
Adakah anda mahu menambah bilangan pelanggan?
Apabila anda sudah memiliki matlamat blogging yang jelas dan tidak mustahil untuk dicapai, langkah seterusnya adalah merangka strategi bagi mencapai matlamat tersebut.
2. Bagaimana Bermula?
Anggaplah blogging sebagai suatu komitmen / kerjaya tetap dan tentukan masa yang konsisten di mana anda perlu berada di hadapan komputer. Dan jadikan masa tersebut digunakan 100% untuk meluahkan idea isi kandungan artikel. Mesti berdisplin dan jangan sesekali tidak menepati jadual yang telah ditetapkan dengan apa jua alasan (melainkan ada kecemasan).
3. Tuliskan Tajuk Dahulu.
Tajuk artikel akan memberikan anda serba sedikit gambaran isikandungan artikel yang akan ditulis. Dengan adanya tajuk, anda akan dapat merangka isikandungan artikel dengan mudah di samping membantu untuk mendapatkan idea-idea kreatif untuk isi penting.
4. Senaraikan Isi Penting Dalam Bentuk ‘Bullet Points’
Apabila anda sudah mendapat idea untuk menulis, jangan lupa untuk mencatitkan terlebih dahulu dalam bentuk ‘point’, buat senarai panjang tidak kira yang mana dahulu yang mana kemudian. Apa yang penting keluarkan segala idea yang berkaitan dengan tajuk artikel. Setelah itu barulah susun dan jadikan dalam bentuk perenggan dan keutamaan.
5. Tulis Dengan Nada Bercakap.
Anda tidak perlu menjadi pro atau menjadi orang lain pabila menulis blog. Ia menjadikan blog anda unik dan menjadi tarikan disebabkan gaya penulisan anda sendiri. Orang akan mudah bosan dengan gaya penulisan yang terlalu formal dan mendatar. Dengan menulis dengan nada dan gaya anda sendiri, ia akan meghasilkan satu ikatan dan kepercayaan di antara anda dan pembaca.
6. Jadikan ianya ‘simple’
Anda tidak perlu menjadi penulis yang hebat dengan penggunan tatabahasa yang tinggi untuk menulis blog. Jadikan penulisan blog sesuatu yang mudah difahami tanpa ayat yang berbelit-belit. Tulis dengan identiti anda sendiri. Orang lebih gemar membaca blog dengan santai tanpa penggunaan ayat yang terlalu ‘educated’. Gunakan bahasa mudah dan apa yang penting ialah masej yang ingin disampaikan.
7. Baca artikel dengan kuat.
Anda seharusnya amalkan tips ini iaitu membaca dengan kuat sebelum membuat sebarang penerbitan artikel ke dalam blog. Membaca dengan menyebut perkataan dibibir barulah anda dapat mengesan kesilapan ejaan dan susunan ayat. Adalah lebih baik anda meminta orang lain membacakannya untuk anda. Perlu diingat, artikel tidak semestinya perlu sempurna dan yang penting adalah walau apa cara sekalipun anda perlu menerbitkan artikel di blog dan pastikan artikel tersebut dapat mencapai matlamat walaupun ianya ‘simple’. Saya ada membincangkan lebih lanjut tentang perkara ini dalam topik 10 Tips Bagaimana Menjadi Blogger Yang Berjaya.
Kaedah Kedua
Pilihan kedua sesuai kepada mereka yang langsung tidak mahu menulis. Berita baiknya adalah blog anda masih boleh terindeks di enjin carian Google hanya dnegan menggunakan ‘keyword’. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu anda laksanakan.
1. Mencuba Aplikasi Pengecaman Suara
Jika anda gemar bercakap dan malas untuk menulis, anda boleh mencuba beberapa ‘software’ pengecaman suara yang banyak terdapat dipasaran. Aplikasi ini membenarkan anda bercakap dengan komputer dan kemudiannya percakapan tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk ayat tanpa memerlukan anda untuk menaip.
Aplikasi ini akan merakam suara anda dan seterusnya mencipta suatu fail teks yang mana teks tersebut boleh diterbitkan di dalam blog. Buat carian di Google tentang “Speech recognition software” dan iPhone juga telah mewujudkan aplikasi seperti ini.
2. Gunakan Gambar
Pernahkah anda melihat blog yang hanya menerbitkan gambar seperti ‘portfolio blog‘. Jika anda malas menulis tetapi gemar mengambil gambar, jadi gambar adalah salah satu cara bagaimana untuk menrebitkan artikel ke blog. Anda juga boleh ‘upload’ gambar-gambar daripada FLICKR. Jangan lupa untuk masukkan ‘keyword’ dan ‘caption‘ yang berkaitan dengan blog anda supaya blog dapat diindeks oleh enjin carian.
3. Gunakan Video
Penggunaan video adalah lebih baik berbanding gambar. Dengan menggunakan video, anda boleh menjadikan blog mempunyai ‘content’ yang benar-benar berguna seperti video tutorial dan juga video temuramah pelanggan dan testimonial. Tapi anda perlu ingat, video perlulah pendek (1-2 minit) dan padat kerana pembaca hanya mempunyai masa terhad untuk memberikan tumpuan kepada video anda.
Jadi itulah beberapa tips yang dapat membantu anda untuk menjadi blogger yang berjaya. Apa yang penting anda perlu menerbitkan sesuatu ke dalam blog secara konsisten dan jadikan menulis blog sebagai satu komitment. Sekiranya anda mempunyai pandangan sila taipkan diruangan komentar di bawah.
























