Berapa kerapkah anda menulis artikel atau menyiarkan penulisan ke dalam blog? Ia merupakan suatu pertanyaan yang sangat kontroversi di kalangan para bloggers. Saya mempunyai pandangan saya sendiri yang mungkin agak berbeza dengan anda. Masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza bergantung kepada tujuan, topik atau ‘niche‘ sesuatu blog itu diwujudkan. Sekerap mana anda menulis atau ‘updating post’ boleh diperbincangkan di dalam ruangan komentar di bawah.
Walau bagaimanpun, artikel ini tidak akan memberitahu anda bilangan kekerapan yang sepatutnya anda menulis blog sebaliknya isi artikel ini akan memberi panduan dan terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.
Kebanyakan para bloggers memberitahu sepatutnya penulisan artikel ke dalam blog adalah sekurang-kurangnya satu post setiap hari. Dengan beranggapan bahawa blog lebih ‘up to date‘, ‘fresh‘, dengan mempunyai ‘content’ baru setiap hari. Enjin Carian akan menjumpai dan mengindeks blog dengan lebih cepat dan secara tidak langsung pengunjung blog akan lebih yakin dengan blog yang mempunyai banyak artikel dan di ‘update‘ secara konsisten.
Sesetengah blogger yang lain pula berpendapat, anda tidak sepatutnya menulis artikel baru setiap hari. Ini kerana mereka beranggapan bahawa adalah mustahil untuk menulis artikel setiap hari disebabkan faktor masa dan kekerapan menulis artikel untuk dimuatkan ke dalam blog akan menyebabkan isikandungan artikel tersebut tidak berkualiti. Selain itu, para pembaca juga agak sukar mengikuti perkembangan dan membaca kesemua tujuh artikel setiap minggu. Jadi mengapa perlu menulis artikel setiap hari?
Jadi Nak Ikut Yang Mana?
Kebenarannya adalah “Terpulang Kepada Diri Anda Sendiri”. Hanya anda dan pembaca yang menentukan beberapa banyak dan kekerapan menulis artikel. Kenapa? Ada blog yang saya minati hanya membuat post ringkas (lebih kurang 300 patah perkataan) tetapi dengan bilangan tujuh ke lapan artikel baru setiap hari. Disebabkan isikandungan, isu-isu terkini dan gaya bahasa yang bersahaja dan ringkas, saya dan beribu pengunjung setia yang lain tidak sabar menunggu artikel baru setiap hari. Malahan menjadi rutin saya setiap pagi membaca blog tersebut sebelum ke tempat kerja. Ada juga blog yang sering saya lawati hanya memasukkan post yang baru setiap tiga atau empat hari sekali (juga mempunyai ramai pelawat dan mendapat komentar yang tinggi setiap kali ada post baru disiarkan). ‘Moral of the story’ ialah kekerapan ‘posting‘ ke dalam blog mungkin baik untuk prestasi blog anda tetapi tidak semestinya ia baik kepada prestasi dan kemampuan anda. Walau bagaimanapun, perlu anda ingati kepada dua faktor utama yang perlu diambil perhatian iaitu (1) pembaca anda dan (2) had kemampuan anda.
Selain itu, terdapat juga dua perkara yang tidak boleh diambil mudah iaitu masa dan wang. Kedua-dua perkara ini juga melibatkan pembaca anda. Tanya kepada diri anda “Adakah ‘target audience‘ mempunyai banyak masa untuk membaca artikel anda setiap hari?” atau “Adakah pembaca selesa dengan informasi yang diberikan?“. Sekiranya pembaca agak sukar mengikuti isikandungan artikel atau kekerapan artikel yang keterlaluan, setiap artikel (post) yang disiarkan akan menjadi tidak efektif dan sudah menjadi tidak penting lagi kepada pembaca blog anda.
Anda juga perlulah rasional dalam menulis ke dalam blog, ketahui had kemampuan anda sendiri. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk menyiarkan artikel baru setiap hari jadi jangan lakukannya (jangan menjadi tamak). Ia akan memakan diri anda sendiri dan akan menjadikan tidak ada kualiti dalam aritikel yang disiarkan. Apa yang penting adalah anda perlu membuat ‘update‘ blog dengan artikel yang baru secara konsisten. Tidak kira setiap hari atau sekali setiap bulan. Kaji kemampuan diri dan teruskan dengan isikandungan artikel yang berkualiti.
Sekarang anda pula perlu membuat keputusan dan merancang kekerapan membuat ‘post‘ ke dalam blog. Anda perlu membuat adaptasi dan mengkaji kehendak pembaca. Perbaikinya dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kehendak pembaca dan juga melihat kemampuan diri anda sendiri. Mencari kaedah dan kekerapan terbaik dan yang paling efektif menulis artikel.
Berdasarkan kepada pengalaman saya, cara yang terbaik adalah menulis secara konsisten (ramai orang menulis blog dan meninggalkannya untuk tempoh masa yang lama). Buat ‘schedule‘ anda sendiri dan ikuti ‘schedule’ tersebut dengan berdisplin. Buat perancangan bila anda mahu menulis dan bilakah masa untuk menyiarkan ke dalam blog. Dengan adanya perancangan atau jadual menulis artikel, pembaca setia anda akan dapat menjangkakan bila artikel baru akan disiarkan dan menjadikan blog anda lebih ‘fresh‘. Pembaca juga akan dapat mengaggak bila akan kembali semula ke blog anda setelah artikel baru disiarkan. Dengan cara ini akan dapat membina kredibiliti dan kepercayaan di kalangan pembaca dengan artikel-artikel yang berkualiti.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pendapat saya dan mempunyai pandangan anda sendiri, tuliskan di ruangan komentar di bawah.

























2 Komentar dalam artikel "Berapa Kerapkah Perlu Anda Menulis Blog?"
Tips yang sangat baik. Saya selalu mempunyai masalah menulis blog dengan konsisten. Kadangkala terlalu kerap, kadangkala takde langsung…
Nampaknya kenalah adjust skit…
Selamat berjaya!