Tips ini boleh digunakan sekiranya anda mahu menyembunyikan affiliate links dalam blog WordPress. Pada masa kini, boleh dikataan 90% blog menyertai program affiliate untuk menjana pendapatan di internet. Salah satu kaedah bijak adalah dengan menyembunyikan links affiliate anda dan menggantikannya dengan link URL yang memiliki nama domain anda sendiri.
Melalui cara ini, pendapatan online anda akan bertambah sekiranya link affiliate sebenar disembunyikan melalui kaedah penyamaran bijak. Artikel ini akan menunjukkan kaedah bagaimana untuk menggantikan affiliate link dengan URL domain blog anda supaya pengunjung lebih yakin untuk klik pada affiliate link tersebut.
Secara teorinya melalui kaedah ini adalah pengunjung akan klik pada link affiliate dalam blog anda di mana mereka akan menyangka bahawa affiliate link tersebut adalah link dalaman blog anda dan tiada kaitan dengan sebarang program affiliate.
Selain itu, kebaikannya adalah untuk memudahkan anda mengurus kesemua link affiliate dan meletakkanya ke dalam satu folder khas. Proses mengemaskini dapat dilakukan dengan mudah disebabkan kesemua link affiliate tersebut adalah alamat URL domain dalaman anda sendiri. Ini akan dapat mengelakkan sebarang link yang tidak wujud sekiranya syarikat affiliate membuat pengubahan ke atas alamat URL affiliate dan dengan mudah anda mengemaskininya apabila menghadapi situasi seperti ini.
Mengubah arah (Redirects) link URL boleh dilakukan dalam banyak cara, namun artikel ini hanya akan fokus kepada ‘sel-hosted’ WordPress sahaja, artikel ini akan menunjukkan langkah mudah dengan menggunakan kaedah ‘PHP redirect’.
Berikut adalah langkah demi langkah bagaimana untuk menyembunyikan affiliate link sebenar dan menggantikannya dengan URL domain anda:
1. Cipta satu ‘folder’ dengan nama “Go” (anda juga boleh guna nama lain)
2. Cipta satu dokumen php (anda boleh menggunakan aplikasi Notepad atau aplikasi lain)
3. Sekarang ‘paste‘ kod berikut dalam dokumen php tersebut
<? header("Location: http://URL-affiliate-link-anda"); ?>
4. Save kan di dalam folder “Go” tadi dengan nama contohnya “peanutsite.php”
5. Ulangi langkah 2 hingga 4 untuk setiap affiliate link (bermakna satu fail bagi setiap affiliate link)
6. Dengan menggunakan program FTP, upload ‘folder’ “Go” ke folder public_html atau folder domain WordPress anda.

7. Sekarang ubah kesemua link affiliate atau link affiliate pada banner kepada nama redirect yang baru contohnya
“http://www.namadomainanda.com/Go/peanutsite.php”
Anda boleh namakan apa sahaja nama fail dokumen php tadi dan anda juga boleh gunakan nama folder lain selain “Go”. Apa yang penting adalah anda perlu mengingati nama dokumen php supaya anda boleh gunakan sebagai ‘redirect’.
Selamat mencuba!




















