Logo merupakan elemen grafik dilengkapi dengan ‘typeface’ yang melambangkan sesuatu ‘trademark’ atau jenama komersial dan bukan komersial. Secara tipikalnya, suatu logo itu direkabentuk supaya kita dapat mengenalpasti syarikat atau jenama yang diwakilinya dan boleh dianggap sebagai lambang korporat sebuah syarikat. Logo juga memainkan peranan yang penting dalam pemasaran produk. Dengan adanya logo, ia akan memberikan impresi awal sesebuah syarikat atau produk.
Sebuah logo yang memiliki ciri-ciri yang baik dapat melambangkan produk sesuatu syarikat, akademik, pertubuhan dan sebagainya dan setiap komponen yang ada dalam sebuah logo termasuklah bentuk, warna, tulisan, ‘fonts’, imej, motto, cogankata dan icon direka secara tepat. Logo yang profesional memiliki sifat-sifat grafik yang selari dengan apa yang diwakilinya. Jarang sekali kita menjumpai logo yang 100% serupa.
Logo menjadi sesuatu yang wajib kerana ia menjadi identiti kepada organisasi, entiti bukan komersial, entiti komersial, pertubuhan, sekolah, universiti, produk dan malahan individu.
Dalam artikel ini disenaraikan 66 contoh logo korporat sebagai sumber inspirasi anda. Mungkin anda bercita-cita untuk memiliki logo sendiri dan boleh jadikan senarai logo-logo berikut sebagai sumber idea untuk mencipta logo yang lebih profesional, menawan, ‘catchy‘, kombinasi warna seimbang, pemilihan ‘font’, typografi yang tepat, kreatif dan tulen.
Sekiranya anda mempunyai link yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama, sila majukan di dalam ruangan komentar dibawah.




























































































2 Komentar dalam artikel "Koleksi 66 Inspirasi Rekabentuk Logo"
mmg betul2 memberi sumber inspirasi utk nk reka logo.. menarik.. trimas for sharing
Terima kasih. Jangan lupa untuk ‘subscribe melalui RSS feed’ untuk mendapatkan artikel terkini melalui email.