Sekiranya anda bekerja sendiri atau merupakan internet marketers sepenuh masa yan bekerja hanya dari rumah, anda mungkin menghadapi situasi untuk mengekalkan tahap produktiviti dan displin kerja. Bekerja makan gaji seperti orang lain kebiasaannya amat mudah untuk kekal berdisplin kerana anda terpaksa mengikut schedule atau cara kerja yang telah ditetapkan oleh majikan, anda bekerja mengikut “work mode” seperti rakan sekerja yang lain. Berbeza dengan menjadi bos sendiri, lebih-lebih lagi bekerja hanya di rumah, anda memerlukan displin kerja yang tinggi. Ini kerana tiada pengawalan, masa dan cara kerja ditentukan oleh anda sendiri. Di sini di senaraikan serba sedikit 10 tips bagaimana untuk kekal berdisplin dan produktif bagi mereka yang bekerja di rumah.
[emember_protected]
1. Pastikan Ruang Kerja Yang Kemas Dan Teratur; Amalkan 5S
Sekiranya ruang kerja yang berselerak dan tidak kemas, anda akan mudah berasa stress dan kurang motivasi. Amat penting untuk bekerja dalam ruang yang selesa dan tidak berselerak. Amalkan suasana kerja dengan mengemalkan konsep 5S.
Konsep amalan 5S: Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke (atau Sisih, Sapu, Sapu, Susun dan Seragam) merupakan suatu program amalan seharian yang sistematik untuk mencapai oganisasi yang terbaik, sistematik, terurus, bersih dan seragam dalam ruang kerja anda. Suasana kerja yang bersih dan terurus akan menghasilkan suasana kerja yang selamat, lebih efisyen, dan anda akan menjadi lebih produktif. Anda akan mempunyai moral kerja yang tinggi, menghasilkan perasaan sayang pada tempat kerja, ‘sense of belonging’, dan bertanggungjawab. Cari maklumat lanjut tentang amalan 5S di internet untuk mengetahui lebih lanjut cara mengamalkannya.
2. Tetapkan Matlamat
Anda perlu setkan matlamat apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu disiapkan setiap hari. Program kerja atau check-list amat penting kepada mereka yang bekerja sendiri. Ia akan membantu untuk mengekalkan displin kerja. Buatkan list kerja harian dan juga list kerja mingguan.
3. Lakukan Senaman
Amat susah untuk kekal produktif sekiranya anda sentiasa dalam keadaan tertekan atau stress. Dengan melakukan senaman, akan mengilangkan tekanan kerja dan dapat melupakan kerja anda buat sementara waktu. Senaman juga akan menguatkan daya pemikiran anda dan dapat membantu anda untuk menyelesaikan permasalahan kerja. Selesai senaman, anda akan berasa segar dan bersedia unutk memulakan kerja.
4. Sentiasa Sibuk (Keep Busy)
Walaupun anda tidak mempunyai sebarang kerja yang perlu disiapkan segera, pasti ada sesuatu yenag perlu anda buat. Anda boleh melalakukan kerja sampingan seperti memperbaiki laman web, membuat promosi dan juga mengemaskini resume. Sebagai boss yang bekerja sendiri, kerja anda tidak pernah akan tamat. Perkara yang amat perlu anda elakkan adalah menonton TV sepanjang hari atau tidur (dua perkara yang menjadi traikan kuat apabila bekerja di rumah).
5. Berehat Sebentar
Sekiranya kerja anda semakin banyak, jangan teragak-agak untuk berehat sebentar. Memandangkan anda adalah boss, anda boleh menentukan sama ada anda memerlukan rehat, keluar rumah, minum secawan kopi atau membaca surat khabar. Anda akan berasa lebih produktif untuk kembali bekerja. Kadang-kadang melayan kerenah anak-anak juga akan mengembalikan semangat anda untuk bekerja.
6. Jadikan Sebagai Kerja Sebenar
Tanamkan dalam setiap kerja yang anda lakukan merupakan sesuatu yang mendatangkan pendapatan kepada anda untuk menyara kehidupan seharian. Apa yang anda lakukan, akan mendapat pulangan yang anda harapkan. Dengan itu anda akan bersungguh-sungguh. Ikut schedule yang telah anda tetapkan dan anda akan menjadi lebih produktif untuk jangka masa panjang.
7. Beri Keutamaan Kepada Aktiviti Menguntungkan
Sekiranya terlalu banyak yang perlu anda lakukan setiap hari, amat penting untuk memberi keutamaan atau‘prioritize’. Anda perlulah memberi fokus utama kepada aktiviti yang mendatang pendapatan kepada anda dan kemudian beralih kepada aktiviti yang kurang memberi pendapatan kewangan. Elakkan kepada aktiviti tidak mendatangkan sebarang faedah kepada anda.
8. Amalkan Menulis Buku Log
Dengan menulis buku log atau diari kerja seharian, akan membantu anda untuk ‘track’ aktiviti kerja dan melihat sejarah kerja anda. Buku log juga akan membantu anda untuk memperbaiki cara dan mutu kerja. Kebanyakan mereka yang bekerja sendiri sukar untuk menentukan kerja yang benar-benar produktif dan dengan menulis buku log, anda akan dapat melihat hasil kerja bersesuai dengan masa yang telah anda gunakan untuk kerja tersebut.
9. Hadkan Menyemak Email
Menyemak email setiap 10 minit akan memberi gangguan kepada produktiviti kerja. Ianya akan mengganggu ‘schedule’ kerja yang telah ditetapkan dan akan meletakkan anda dalam mod ‘response‘ yang akan mengganggu kelancaran mod kerja. Hanya semak email dua atau tiga kali sehari sudah memadai.
10. Miliki Perabut Pejabat Yang Selesa
Anda akan menghabiskan masa yang panjang di meja kerja, adalah lebih baik dapatkan perabut dan kelengkapan pejabat yang selesa dan baik. Kerusi yang mempunyai ciri-ciri ergonomic akan mengekalkan anda dalam keadaan sihat dan selesa.
Mengekalkan produktiviti kerja dan sentiasa terurus, merupakan sesuatu yang rumit dan ramai yang telah gagal untuk mengekalkannya. Ia memerlukan sedikit displin diri. Sekiranya anda dapat mengikuti sebahagian daripada tips yang diberikan, maka anda akan dapat menjalani proses kerja dengan lebih senang dan anda akan berjaya mencapai apa yang diharapkan.
[/emember_protected]
























