Plugins Berguna Tingkatkan Speed WordPress Anda

Diterbitkan oleh pada 30/07/2010 dalam Kategori Wordpress - 2 Komentar
plugins-untuk-wordpress

Artikel ini memberikan anda tips bagaimana untuk menambah speed website WordPress anda dan secara tidak langsung meningkatkan popularity website tersebut. Apabila website WordPress anda loads dengan cepat dan pantas, para pengunjung ke laman web anda akan lebih seronok untuk browsing, menarik lebih banyak trafik dan secara tidak langsung menambah pendapatan online yang anda harapkan. Terdapat banyak kaedah yang boleh anda dapati di internet bagaimana untuk melancarkan website ketika browsing, walau bagaimanapun, dalam artikel ini saya akan menyenaraikan sebahagian WordPress Plugins yang popular bagaimana untuk memperbaiki front-end dan back-end optimization terhadap website WordPress anda.

Bahagian pertama artikel ini saya menyenaraikan WordPress Caching Plugins yang benar-benar popular. Manakala bahagian seterusnya saya menyenaraikan beberapa plugins berbentuk utiliti yang mungkin berguna (bergantung kepada situasi anda).

Sila ambil perhatian, anda tidak perlu untuk install kesemua plugins yang saya senaraikan hanya pilih plugins yang anda rasa perlu sahaja.

Top WordPress Caching Plugins

W3 Total Cache

Ramai orang masih menggunakan WP Super Cache plugin. WP Super Cache plugin memang plugin yang berbaloi digunakan tetapi adakah anda pernah mencuba W3 Total Cache? Sekiranya anda menggunakan WordPress caching plugin dan anda tidak pernah mencuba W3 Total Cache ini, merupakan satu kerugian. W3 Total Cache merupakan caching plugin terbaru denganĀ  performance dan konfigurasi yang senang, simple dn kemas. Ianya mampu untuk bekerja dengan lain-lain plugins tanpa sebarang masalah dan plugin paling simple digunakan dan WordPress anda menjadi lebih cepat untuk loading.

W3 Total Cache merupakan plugin yang menjadikan perfomance WordPress anda pantas dan optimization plugin untuk WordPress yang lengkap. Merupakan plugin yang dipercayai dan banyak digunakan oleh website yang popular seperti mashable.com, smashingmagazine.com, yoast.com dan banyak lagi termasuklah saya turut menggunakannya untuk website ini.

W3 Total Cache akan memperbaiki mutu blog anda dengan meningkatkan performance server, ianya akan caching setiap aspek perincian dalam website anda, mengurangkan masa untuk download theme WordPress yang anda gunakan dan menyediakan intergrasi content delivery network (CDN) yang transparent.

Hyper Cache

Hyper Cache merupakan sistem terkini WordPress untuk caching, Ditulis secara spesifik oleh para developer yang berblogging menggunakan hosting yang terhad dan minimum seperti CPU dan MySQL. Hyper Cache sangat mudah dan ia sesuai kepada sesiapa yang menggunakan based hosting MIcrosoft IIS.

WP-Cache

WP-Cache merupakan caching sistem yang efisyen untuk menjadikan blog WordPress anda lebih pantas. Ianya bekerja dengan dengan Caching setiap pages WordPress anda dan menyimpannya di dalam file statik supaya dapat digunakan secara terus di masa lain tanpa perlu (amalan kebiasaannya) mengumpul dan loading keseluruhan kod PHP dan membina web WordPress daripada database.

Wp-Super Cache

Wp-Super Cache plugin akan membantu menghasil statik fail HTML daripada blog WordPress anda yang bersifat dinamik. Selepas suatu fail dihasilkan, webserver anda akan menggunakan fail statik tersebut untuk mengelakkan webserver memproses keseluruhan fail WordPress anda yang berat dan mengandungi skrip PHP yang banyak.

DB Cache

DB Cache plugin cache setiap database dalam masa yang tertentu. Ia lebih pantas berbanding dengan HTML caching plugin yang lain dan ia juga menggunakan ruang penyimpanan yang minima untuk proses caching.

1 Blog Cacher

1 blog Cacher merupakan WordPress Plugin yang akan caches pages WordPress anda supaya dapat meningkatkan tindakbalas kelajuan loading dan meminimumkan load server anda. Fail yang di cache akan disimpan di dalam fail HTML dan diurus dan disimpan di dalam direktori dan beroperasi seakan-akan URLs sekiranya “safe_mode” tidak berfungsi. Maka ianya amat mudah untuk memaparkan isi kandungan fail tersebut dan menguruskannya sebagai contoh membuang sesuatu fail, membuang fail mengikut kategori, atau membuang fail untuk post mengikut tarikh dan sebagainya. Ianya memudahkan anda untuk mengurus fail tidak kira satu atau banyak fail, fail mengikut kategori, fail mengikut carian atau fail yang anda listkan mengikut tarikh tgertentu.

PHP Speedy

Salah satu plugin yang dapat membantu meningkatkan prestasi WordPress anda adalah PHP Speedy, ianya akan membantu mempercepatkan proses downloading pages anda dengan cara menggabungkan kesemua fail-fail yang berkaitan dan compress fail-fail tersebut. versi terkini adalah 0.4.7 dan anda perlu menggunakan versi WordPress 2.6 atau lebih tinggi.

Digg Protector

Ramai orang berasa tidak selesa dan merungut apabila menggunakan Diggers’. Apabila artikel anda telah di Digged, ia akan menjadikan trafik menjadi tinggi dan tidak terkawal menyebabkan server-load bekerja secara maksimum. Kebanyakan load ini disebabkan oleh penggunaan imej yang banyak. Digg Protector plugin akan menentukan adakah pelawat atau pengunjung tersebut benar-benar datang daripada aplikasi Digg dan sekiranya ia sememangnya datang daripada Digg, plugin ini akan serve pengunjung tersebut secara versi remote-hosted supaya load tidak akan membebankan website server anda.

Optimize DB

Optimize DB membenarkan anda untuk meningkatkan speed database MySQL tanpa perlu anda mengetahui teknik optimizing yang rumit. Plugin ini bekerja dengan menggunakan command ‘optimize table’ di dalam wordpress table dan defragments kesemua fail yang terlibat.
Plugin yang disenaraikan di atas merupakan hasil daripada pengalaman dan pembacaan saya tentang WordPress plugin. terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau tidak. Nasihat saya ialah, anda tidak perlu install kesemua plugin tersebut. hanya pilih plugin yang berkaitan dan sesuai dengan anda. Bagi blog ini, saya menggunakan WP Super Cache dan nampaknya ia benar-benar berkesan meningkatkan speed WordPress saya.

Apa itu cache?

Anda tahu apa itu cache? Pernahkah anda terfikir, apabila anda lihat pada kotak bungkusan prosessor anda, ada dinyatakan di situ tentang L2 Cache. Biasanya, nilai-nilai cache yang boleh anda lihat adalah 128kb, 256kb, 512kb, 1 MB dan 2 MB. Adakah anda terfikir, apa sebenarnya cache ini? Mengapa penting sangat benda ini dan apa kaitannya kepada prosessor?Baiklah. Saya akan memberi penerangan ringkas dan mudah difahami untuk anda tentang cache. Sekurang-kurangnya anda akan tahu sesuatu benda yang penting pada prosessor anda.

Cache berperanan penting semasa prosessor menjalankan memory read. Apa pula memory read ini? OK. Setiap aplikasi yang anda buka (launch/open) di dalam PCanda, melibatkan penggunaan ingatan (memory). Setiap kali program dilancarkan, maka memory akan digunakan (memory read). Itulah sebabnya, apabila anda melancarkan terlalu banyak program, PC anda akan menjadi perlahan dan lembab. Hal ini kerana penggunaan memory pada tahap maksimum untuk program yang banyak. Selain memory utama ([main memory]:RAM), cache adalah sejenis lagi memory yang berperanan penting dalam pelancaran program. Cache bukanlah memory yang anda dapat lihat begitu sahaja bila anda membuka casing PC anda, tetapi cache adalah memory yang dibina di dalam prosessor.

Pembinaan cache adalah sebagai usaha untuk mengurangkan kos penghasilan memory utama, iaitu RAM. Pada zaman sekarang, kelajuan prosessor meningkat dengan sangat mendadak. Untuk satu sistem computer yang pantas, kelajuan (clock speed) prosessor mestilah sama dengan kelajuan RAM. Walaupun begitu, kelajuan RAM tidak dapat bergerak seiring dengan kelajuan prosessor. Walau bagaimanapun, kelajuan RAM yang tidak sama dengan kelajuan prosessor akan menyebabkan ketidakstabilan sistem. Kalau pun kelajuan RAM mampu mencapai selaju kelajuan prosessor, sudah tentu pula harganya akan meningkat. Hal ini akan membebankan pengguna. Maka cache dihasilkan, sebagai memory utama yang dipasang di dalam prosessor, kerana hanya cache adalah memory yang dapat bergerak sepantas prosessor.

Oleh sebab cache telah dipasang di dalam prosessor, sudah tentulah ia berperanan penting untuk mengoptimumkan prosessor itu sendiri. Fungsi cache adalah meningkatkan proses MIPS executing dalam prosessor, dengan serta merta menjadikan prosessor lebih efisyen. Dengan ini, prosessor tidak perlu menunggu semasa data diambil dari RAM. Proses akan menjadi lebih pantas, dan menggunakan prosessor pada kadar 100%!

Walaupun begitu, tidak semuanya baik tentang cache. Ada juga yang tidak baiknya. Untuk membina cache sahaja di dalam prosessor, pembinaan ini telah menggunakan 60% ruang daripada seluruh prosessor. Seperti yang kita tahu, lebih banyak transistor dalam sesebuah prosessor, maka prosessor akan menjadi lebih pantas, tetapi disebabkan hanya tinggal 40% sahaja ruang, maka penambahan transistor adalah terhad.

Disebabkan hal ini juga, seperti yang dikatakan tadi, penggunaan cache yang lebih besar akan meningkatkan kos prosessor. Di samping itu, cache latency (kependaman cache) akan meningkat secara terus dengan saiz cache. Lebih besar cache, lebih besar latency. Juga peningkatan saiz cache akan meningkatkan jumlah pipeline di dalam prosessor. Jumlah pipeline yang banyak bukanlah satu yang baik, kerana keadaan ini hanya akan melembabkan aliran data. Kos juga akan turut meningkat dengan jumlah pipeline yang tinggi. Berkaitan dengan kos juga, pembinaan cache juga akan menjadikan rekabentuk prosessor menjadi semakin kompleks! Semakin kompleks, semakin mahal!

Anda suka artikel ini?

Berlanggan artikel terkini dari kami terus ke alamat eMail anda!.

Masukkan Email Anda:

Delivered by FeedBurner

2 Komentar dalam artikel "Plugins Berguna Tingkatkan Speed WordPress Anda"

  1. Peanutsite.com 01/08/2010 at 4:38 AM · Reply

    Maklumat berguna…

  2. Aya 22/10/2011 at 3:35 PM · Reply

    Terima kasih untuk info ni.. very useful…

Tinggalkan Komen Anda!