Bagaimana menjadikan blog WordPress anda ‘smart’ dengan kata lain menjadikan blog anda bijak membaca dan menyesuaikan penampilan ‘dirinya’ dengan karektor dan tingkah laku (‘behavior‘) pengunjung atau pembaca?
Salah satu contoh yang paling mudah adalah seperti yang terkandung dalam blog ini iaitu memaparkan ‘ARTIKEL TERKINI’ di bahagian ‘sidebar’nya. Memberikan satu feature yang memudahkan pengunjung melayari blog ini secara berterusan. Seperti yang tersenarai dalam ‘ARTIKEL TERKINI’, ianya memaparkan artikel-artikel terkini dari blog ini yang menggambarkan ianya sesuatu yang wajib ada sekiranya anda mahu menjadikan blog WordPress sebagai ‘smart’ blog. Ada banyak WordPress plugin yang memungkinkan anda memiliki feature seperti ini salah satunya adalah Top 10.
Apa yang paling penting dan apa yang hendak saya sampaikan di sini adalah blog anda memiliki kemampuan untuk melayani dan memenuhi kehendak setiap pengunjung blog dalam mencapai apa yang anda sasarkan melalui blog anda seperti menjana pendapatan melalui blog. Senarai ‘Artikel Terkini’ adalah salah satu feature yang wajib anda miliki dan saya juga akan menyenaraikan 9 lagi tips jika mahu memiliki sebuah ‘smart blog’.
Senarai ‘Smart Features’ Yang Wajib Ada Dalam Blog WordPress Anda.
1. Paparkan Masej Salam Perkenalan atau Selamat Datang Kepada Pelbagai Pengunjung/Pembaca
Anda perlu melayani pengunjung blog secara individu. Salah satu cara terbaik mengucapkan ‘selamat datang’ kepada setiap pengunjung blog adalah secara personal dan bukan secara umum sahaja. Menjadikan pengunjung lebih dihargai. Seperti yang anda fahami, pengunjung blog adalah pelbagai, ada yang baru dan ada yang berulang. Sebagai contoh, anda boleh menunjukkan ucapan selamat datang atau salam perkenalan kepada pengunjung baru dan tidak kepada pengunjung berulang. Masej berlainan boleh digunakan kepada pengunjung yang baru seperti ‘subscribe’ ke RSS FEED, muat turun ebook, mengikuti anda di halaman ‘Twitter’ dan pelbagai masej yang dapat menunjukkan salam perkenalan. Anda juga boleh mendapatkan tindak balas pengunjung dalam masej tersebut seperti menggalakkan pengunjung untuk Digg artikel anda bagi pengunjung yang datang melalui digg.com.
Ada terdapat beberapa plugin yang membolehkan anda melalukannya secara automatik seperti WP Greet Box (yang saya gunakan dalam blog ini) dan juga anda boleh mencuba Referrer Detector. Ini adalah dua plugin yang dapat membantu untuk menjadikan blog WordPress sebagai ‘smart’ blog. Dengan kata lain, plugin ini akan memberikan kemampuan blog anda untuk memberikan masej salam perkenalan kepada pengunjung secara personal.
2. Mencadangkan Apa Langkah Seterusnya Selepas Membaca Suatu Artikel
Pernahkah anda melihat senarai produk dalam page Amazon.com? Website jualan ini meletakkan suatu feature “Readers who have bought this, also bought…”. Jadi bagaimana untuk turut menggunakannya di blog WordPress anda?
Caranya adalah menggunakan plugin ‘Where Did They Go From Here?’. Feature ini lebih kurang sama dengan ‘Artikel Berkaitan’ (Related Post), tetapi sedikit perbezaan kerana ianya ditentukan bergantung kepada rekod pengunjung/pembaca.
Kebiasaannya ‘Related Post‘ plugin menggunakan ‘algorithm’ untuk menentukan artikel yang berkaitan, dan terhad hanya kepada ‘algorithm‘. Dengan menggunakan plugin ‘Where Did They Go From Here?‘, ia akan mencadangkan artikel berkaitan seterusnya ditentukan oleh pengunjung anda sendiri.
Untuk menggunapakai feature ini, anda boleh install ‘Where Did They Go From Here?‘ plugin. Plugin ini akan meletakkan satu ruang selepas setiap artikel iaitu pengunjung-pengunjung terdahulu yang membaca artikel ini juga turut membaca senarai artikel-artikel berikut (“Readers who viewed this page, also viewed”).
Ia akan melakukannya secara automatik dengan menyimpan rekod pengunjung yang telah membaca suatu artikel juga turut membaca siri artikel yang lain dan akan mencadangkan kepada setiap pengunjung yang membaca artikel tersebut.
3. Memaparkan Artikel Berkaitan (Related Post) Melalui Enjin Carian
Apabila pengunjung melawat weblog anda melalui enjin carian, mereka sebenarnya mencari tajuk / subjek yang spesifik. Jika mereka tidak menemui apa yang dicari maka anda akan terlepaslah peluang untuk mendapatkan perhatian mereka dan mereka tidak akan kekal terus di blog anda. Adalah lebih bijak jika blog WordPress anda dapat mengenalpasti dan mengesan kata kunci yang dicari melalui enjin carian dan mencadangkan kepada pelawat tersebut senarai artikel yang seakan-akan sama atau hampir sama dengan apa yang dicari tadi. Dengan kata lain sekiranya apa yang dipaparkan itu bukan artikel yang dicari, maka terdapat beberapa alternatif senarai artikel yang berkaitan. Ini adalah lebih baik berbanding dari mereka terus meninggalkan blog anda. Sekurang-kurangnya anda dapat mencuri dan menarik perhatian mereka untuk terus kekal melayari blog.
Apa yang anda perlu lakukan ialah ‘install’ sama ada WP Greet Box, Referrer Detector, atau Landing Sites WordPress plugin.
4. Ucapan Terima Kasih Kepada Pengunjung Pertamakali Memberikan Komentar
Kebanyakan orang gemar mendapat interaksi dan respons dari orang lain. Saya suka membaca blog kerana saya tahu ada orang yang akan berinteraksi dan berkomunikasi sama ada melalui komentar, email, chat dan sebagainya. Kaedah yang paling baik mendapat pembaca yang setia adalah mengucapkan terima kasih kepada orang pertama kali memberi komentar dalam blog anda kerana sumbangan mereka. Ini akan membantu anda membuka ruang salam perkenalan dan memastikan agar pembaca baru tersebut rasa dihargai dan diberi perhatian oleh anda.
Untuk ini anda boleh menggunakan Comment Relish Plugin.
5. Paparkan Masej Sebagai Ganti Kepada Pelawat Yang Menggunakan ‘Ad Block Software’
Ramai orang tidak mahu diganggu dengan ruangan iklan banner yang terdapat dalam kebanyakan blog, oleh itu mereka menggunakan aplikasi ‘Ad Block Software’ supaya dapat menghalang paparan banner iklan.
Sekiranya anda seorang blogger yang menjana pendapatan melalui ruangan pengiklanan, sudah pasti peluang pendapatan anda terjejas disebabkan ada pengunjung yang menggunakan aplikasi yang dapat menghalang paparan banner iklan. Blog yang bijak akan dapat mengingatkan pengunjung yang menggunakan ‘Ad Block Software’ tersebut supaya mereka menutup atau ‘turn off’ aplikasi tersebut buat sementara ketika melayari blog anda.
Sekiranya anda berminat dengan plugin ini, anda boleh melihat Anti-AdBlock WordPress Plugin supaya pengunjung dapat melihat ruangan pengiklanan anda yang mempunyai pelbagai banner yang sudah tentu merupakan sumber pendapatan anda.
Plugin ini membolehkan anda memaparkan masej yang boleh diubahsuai mengikut citarasa anda dengan tempoh masa tertentu khas untuk pengunjung yang menggunakan ‘Ad Block Software‘.
6. Ruangan Pengiklanan Terpilih Dengan ‘Who Sees Ads?’
Seperti yang anda ketahui, Google Ads menggunakan “smart pricing” untuk mengetahui berapa banyak yang perlu dibayar kepada anda bagi setiap klik. Ini bermakna sekiranya iklan Adsense anda mempunyai ratio ‘click-through‘ yang tinggi maka Google-Ads akan membayar lebih banyak untuk setiap klik. Anda boleh mengoptimumkan ratio ‘click-through‘ ini dengan tidak memaparkan iklan Adsense ini di tempat yang tidak sewajarnya dan sudah sememangnya anda sudah dapat mengagak bahawa pengunjung tidak akan klik langsung pada iklan Google Adsense atau banner iklan.
Anda perlu mengetahui bahawa terdapat 2 jenis pengunjung iaitu pengunjung baru dan pengunjung berulang. Pengunjung baru lebih cenderung untuk klik kepada iklan yang dipamerkan berbanding dengan pengunjung berulang. Langkah terbaik adalah tidak memaparkan iklan-iklan tersebut kepada pengunjung yang berulang.
Plugin ‘Who Sees Ads‘ merupakan sistem pengurusan iklan yang membolehkan anda menetapkan siapa yang akan melihat iklan dan siapa yang tidak melalui latarbelakang pengunjung tersebut. Sebagai contoh anda boleh menetapkan kriteria berikut iaitu adakah ianya pengunjung tetap, adakah pengunjung datang melalui enjin carian, adakah pengunjung membaca artikel terkini ataupun artikel-artikel lama. Dengan itu, peluang untuk pengunjung klik adalah lebih tinggi dan blog anda lebih menampakkan kredibilitinya dengan memaparkan iklan kepada pengunjung tertentu sahaja.
Anda boleh memiliki feature ini dengan install plugin ‘Who Sees Ads?‘yang merupakan plugin terbaik untuk mengurus dan memaparkan iklan dengan lebih bijak.
7. Memiliki Ruangan Mini “About” Khas Untuk Pengunjung Baru
Pernahkah anda melihat blog yang memiliki ruangan mini “About” di bahagian sidebar? Rungan mini “About” ini memberikan serba sedikit latar belakang blog kepada pengunjung yang pertamakali menjengah ke blog anda. Memberikan serba sedikit latarbelakang khas kepada pengunjung baru akan memberikan sedikit idea kepada pengunjung tersebut apakah sebenarnya isikandungan blog anda. Menyembunyikan rungan mini “About” ini kepada pengunjung berulang supaya tidak perlu memberitahu mereka perkara yang mereka sudah sedia mengetahuinya dan juga, anda boleh menggantikan perkara yang lebih penting di ruangan sidebar kepada pengunjung berulang.
Anda boleh memaparkan ruangan mini “About” ini hanya kepada pengunjung baru juga dengan menggunakan ‘Who Sees Ads?’ WordPress Plugin. Hanya jadikan rungan “About” sebagai iklan dan tentukan ianya hanya perlu dipaparkan kepada pengunjung baru sahaja.
8. Minta Sumbangan/Derma (Donations) Daripada Pengunjung Yang Berulang
Tidak salah untuk meminta sedikit sumbangan kepada pengunjung setia anda kerana anda tidak mengetahui sejauh mana tahap sumbangan yang telah diberikan kepada mereka melalui isikandungan dan artikel yang telah anda berikan. Mungkin pada mereka amat besar nilainya dan mereka terpanggil untuk memberikan sedikit sumbangan derma. Jika mereka kerap kali mengunjungi blog anda menunjukkan isi kandungan blog memberikan faedah yang tiada nilainya kepada mereka.
Saya lebih selesa untuk meminta sumbangan kepada pengunjung setia atau berulang kerana mereka lebih cenderung untuk menyumbang. Apa yang perlu anda lakukan adalah sama sebagaimana tips nombor 6 di mana hanya tunjukkan pengunjung baru ruangan iklan dan kepada pengunjung berulang gantikan dengan permintaan sumbangan.
Anda boleh menggunapakai ‘Who Sees Ads?’ WordPress Plugin. Hanya jadikan banner sumbangan sebagai iklan dan hanya paparkan kepada pengunjung berulang sahaja.
9. Paparkan Masej “Out on Vacation”
Anda mungkin mengambil cuti atau berhenti sementara dari menulis blog disebabkan pelbagai faktor. Adalah lebih baik memberitahu pengunjung blog yang anda sedang bercuti atau berhenti seketika agar mereka tahu bila anda akan kembali semula. Oleh itu, anda tidak akan kehilangan pembaca setia dan pengunjung yang mengharapkan balasan komentar segera dari anda tidak berasa hampa.
Saya rasakan ini adalah salah satu cara bagaimana untuk menjadikan ianya sebagai ‘smart’ blog dengan memaparkan masej percutian anda secara automatik dalam tempoh masa tertentu.
Sekali lagi gunakan ‘Who Sees Ads?’ WordPress Plugin untuk memaparkan masej / banner “Out on Vacation” di ruangan yang mudah dilihat dalam blog anda untuk tempoh masa tertentu. Menariknya ialah masej / banner “Out on Vacation” tidak akan dipaparkan lagi apabila sampai kepada tarikh yang anda tetapkan secara automatik. Anda juga boleh ulang guna masej / banner “Out on Vacation” tersebut di waktu yang lain.
Kesimpulan
Sudah pasti sekarang ini anda telah mendapat gambaran tentang apa yang dikatakan sebagai ‘Smart Blog‘. Adalah diharapkan WordPress Plugin yang disenaraikan akan dapat membantu melipat gandakan pengunjung ke blog anda.
Sekiranya anda mempunyai pandangan atau cadangan yang berbeza dari apa yang telah diperkatakan, sila tuliskan di ruangan komentar di bawah untuk dikongsi bersama.





















2 Komentar dalam artikel "‘Smart Blog’ – 9 Tips Wajib Ada Dalam Blog WordPress Anda"
Saya bercadang untuk memberikaan eBook yang sangat baik nilainya kepada pengunjung blog saya dengan cara mereka hanya lakukan muat turun eBook tersebut..saya sbenarnya tak tahu bagaimana nak buat supaya eBook itu dapat mereka muat turun dari blog saya secara online seperti yang kebanyakan kita lihat.mohon diajarkan bagaimana nak apply benda tu.TQ.
sila respon di alamat email saya.
Terima kasih di atas pertanyaan. Anda boleh mencuba Autoresponder (Email Marketing)melalui MailChimp (http://mailchimp.com/) percuma atau berbayar spt. Aweber atau GetResponse. Caranya adalah menyediakan ruangan subscriber (pelawat mengisi maklumat nama, email dsb.) selepas itu pelawat blog anda akan dapat download eBook yang anda sediakan. Harap jawapan ini dapat membantu