Top 15 Teknik Search Engine Optimization (SEO) Sering Dilupakan

Diterbitkan oleh pada 03/08/2010 dalam Kategori Wordpress - Tinggalkan Komen!
teknik-seo-dilupakan

Search Engine Optimization (SEO) merupakan topik yang hangat diperkatakan dalam World Wide Web (www). Boleh dikatakan semua orang bercita-cita untuk mencapai ranking tertinggi dan menjadi senarai nombor satu atau sekurang-kurangnya di kedudukan muka hadapan dalam carian Google supaya dapat menjana lebih banyak trafik. Saya telah mengenalpasti dan menyenaraikan  amalan top 15 SEO yang sering di kalangan kita lupa untuk melakukannya. Teknik ‘simple’ SEO ini jika diamalkan dengan betul dan sistematik dapat membantu meningkatkan ranking website di dalam SEO. Berikut adalah tips yang ingin saya kongsikan;

1. Gunakan tag rel=”nofollow” dalam link atau ‘pages’ yang tidak mempunyai nilai seperti ‘Read more’, “About’ dan ‘Contact’.

2. Gunakan anchor yang betul dalam interlinks contohnya jangan gunakan ‘klik di sini‘ sebaliknya gunakan anchor teks dengan menulis sepenuhnya contohnya ‘klik urbanheadline.com untuk maklumat selanjutnya’

3. Optimize imej sepenuhnya, selalu amalkan memberi tags dan menulis diskripsi tentang imej dalam ‘alt tag’.

4. Gunakan ‘permalinks’ engine carian yang ‘friendly’ dan elakkan alamat URL anda mempunyai simbol seperti ‘&’, ‘?’, ‘!’ dan sebagainya.

5. Gunakan ‘hypens (-) di antara perkataan untuk memperbaiki pencarian enjian carian.

6. Jangan menggunakan ‘underscores’ (_) sebaliknya guanakan hypens (-) dalam alamat URL.

7. Jangan gunakan session ID dalam alamat URLs.

8. Gunakan Sticky Post.

9. Gunakan Tag Clouds.

10. Tuliskan diskripsi dalam bentuk ayat dalam ruangan kategori.

11. Berikan ruang untuk pengunjung subscribe mengikut kategori yang lebih spesifik menggunakan RSS FEED.

12. Sebolehnya gunakan internal link (pautan dalaman di dalam lingkungan web anda) sebaiknya jika ada.

13. Sebaiknya gunakan sub-directories berbanding sub-domains.

14. Buat kajian tentang target audience dan letakkan isi web yang bertepatan.

15. Selalu mengemaskini isikandungan web dan jadikan ianya dinamik. Pengunjung tidak menggemari isi yang telah lama dan basi. Sentiasa mengemaskini isikandungan untuk menarik perhatian spiders enjin carian untuk mengindeks web anda secara berterusan.

Jika anda mempunyai pandangan yang berbeza atau ada maklumat tambahan, sila beritahu kami untuk dikongsikan bersama.

Anda suka artikel ini?

Berlanggan artikel terkini dari kami terus ke alamat eMail anda!.

Masukkan Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Tinggalkan Komen Anda!